Parlimen New Zealand Luluskan RUU Haramkan Rokok, Bakal Berkuat Kuasa 2023
New Zealand bakal melaksanakan undang-undang mengharamkan pembelian rokok pada masa depan dan melarang individu berumur 14 tahun ke bawah daripada membeli rokok berkuat kuasa 2023, lapor BBC
Undang-undang baru yang diluluskan oleh parlimen pada Selasa, 13 Disember lepas bakal menjadikan New Zealand negara pertama di dunia yang mencapai status bebas asap rokok.
Menteri Kesihatan, Ayesha Verrall, yang mengusulkan undang-undang itu berkata bahawa ia adalah satu langkah bebas asap rokok untuk masa akan datang.
“Ribuan orang akan hidup lebih lama, hidup lebih sihat dan sistem kesihatan akan meningkat 5 billion New Zealand dolar (RM 14 billion), lebih baik berbanding merawat penyakit yang disebabkan oleh merokok,” kata Dr Verrall.
Memetik BBC, kadar merokok di New Zealand sudah berada di paras terendah dengan hanya 8 peratus orang dewasa merokok setiap hari mengikut statistik kerajaan yang dikeluarkan pada bulan November, turun 9.4 peratus daripada tahun lepas.
Rang undang-undang Persekitaran Bebas Asap Rokok diharap dapat mengurangkan jumlah tersebut kepada 5 peratus menjelang tahun 2025, dengan matlamat akhirnya iaitu untuk menghapuskan tabiat merokok.
Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual
Kedua, mengehadkan bilangan peruncit yang menjual produk tembakau daripada 6,000 di seluruh negara, turun kepada 600 pada masa ini.
Akhir sekali, mengurangkan tahap nikotin dalam produk tembakau dengan harapan dapat membantu dan menghalang perokok daripada masalah ketagihan.
“Ini bermakna tahap ketagihan nikotin akan dikurangkan dan masyarakat akan bebas daripada membeli rokok di kedai-kedai yang menjual produk tembakau tersebut,” kata Dr Verrall.
Dr Verrall menambah bahawa undang-undang tersebut boleh mengurangkan jangka hayat antara warga Maori dan bukan warga Maori. Keseluruhan kadar merokok bagi warga Maori adalah pada 19.9 peratus, turun daripada angka tahun lepas sebanyak 22.3 peratus.
Bagaimanapun, undang-undang berkenaan tidak mengharamkan vape, produk yang telah menjadi lebih popular dalam kalangan generasi muda berbanding rokok, lapor BBC.
Sementara itu, pengkritik rang undang-undang telah memberi amaran bahawa dasar tersebut akan mewujudkan pasaran gelap dalam produk tembakau.
Timbalan Ketua ACT, Brooke van Velden berkata bahawa tiada siapa mahu melihat orang merokok, tetapi realitinya, ada yang merokok dan larangan itu akan menimbulkan masalah.
Sumber: BBC