Tular Wanita Kongsi Kisah Percintaan, Siap Bentang Guna PowerPoint
Seorang wanita Amerika Syarikat (AS) berjaya mencuri perhatian ramai selepas menggunakan pembentangan PowerPoint untuk berkongsikan kisah percintaannya yang gagal sepanjang tahun ini bertajuk Dating Wrapped 2022, lapor Metro UK.
Amber menyediakan PowerPoint untuk menunjukkan tarikh-tarikh janji temu pada tahun ini, cara dia bertemu dengan pasangannya serta kos keseluruhan janji temu.
Memetik Metro UK, majoriti pasangan yang mula berkenalan menggunakan aplikasi temu janji seperti Tinder, Hinge, Bumble, Facebook dan sebagainya.
Idea untuk melakukan pembentangan ini diambil daripada senarai Spotify Wrapped menerusi penstriman muzik Spotify yang memaparkan artis serta lagu kegemaran yang sering dimainkan sepanjang tahun.
Video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya telah mendapat tontonan lebih daripada 3 juta kali, lapor Metro UK.
Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual
Dalam video tersebut, Amber berkata, “Selamat datang ke Dating Wrapped 2022 saya. Jika ada satu perkara yang saya tahu tentang diri saya ialah saya suka PowerPoint dan nampaknya sudah 18 kali saya berjanji temu pada tahun ini.”
Kemudian, Amber terus berkongsi maklumat tentang bagaimana dia berkenalan dan bertemu dengan pasangannya.
Selain daripada itu, Amber juga turut berkongsikan bahawa dia membelanjakan kos yang besar iaitu $368.36 (RM1,600), 33.3 peratus untuk minuman dan 22.2 peratus untuk makan malam.
“Saya harap saya tidak mengira nombor ini kerana apa yang boleh saya lakukan dengan wang ini?,” kata Amber dalam video berkenaan.
Malangnya, kisah percintaan Amber gagal kerana kebanyakan daripadanya berakhir dengan perpisahan.
Amber mendedahkan bahawa dia memutuskan hampir 50 peratus hubungan, manakala 33.3 peratus diputuskan oleh pasangannya dan 16.7 peratus keputusan bersama mereka.
Pada akhir video tersebut, Amber mengatakan dia tidak mendapat apa-apa pengajaran selepas setahun berkenalan dengan pasangannya.
@amberwavesofbrain If any of these men see this, I want you to know that you’re not special and you’re just a number to me 😌✌🏼 #datingwrapped #wrapped #tinder #hinge #facebookdating #firstdate
Sumber: Metro UK