Akuarium Gergasi Di Hotel Berlin Pecah, Ribuan Ikan Bergelimpangan Atas Jalan
Sebuah akuarium gergasi yang mengandungi hampir sejuta liter air di lobi hotel Radisson Blu di Berlin dilaporkan telah pecah dan membanjiri hotel serta kawasan berhampiran, lapor BBC.
Akuarium AquaDom adalah akuarium terbesar di dunia yang berketinggian 14 meter dan berbentuk silinder menempatkan kira-kira 1,500 ekor ikan tropika.
Pihak polis berkata, terdapat kerosakan yang teruk pada akuarium silinder berkenaan dan dua orang didapati tercedera akibat terkena serpihan kaca.
Memetik BBC, lebih 100 anggota bomba Berlin diarahkan ke tempat kejadian dan punca insiden tersebut belum dikenal pasti.
Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual
Menurutnya, ia menggunakan anjing penyelamat untuk memeriksa kawasan di dalam hotel untuk mencari mangsa yang terperangkap, namun belum ditemui.
Polis berkata air melimpah ke kawasan berhampiran dan orang ramai di kawasan itu perlu memandu dengan berhati-hati.
Selain itu, tiada bukti yang menunjukkan bahawa ianya berlaku akibat serangan, lapor polis kepada media tempatan.
Pihak berkuasa pengangkutan awan Berlin berkata, jalan Karl-Liebknecht di luar hotel telah ditutup kerana air tersebut mengalir sehingga ke jalan raya, malah perkhidmatan tram di kawasan tersebut juga turut dihentikan.
Video yang di muat naik ke media sosial pada Jumaat, 16 Disember menunjukkan kerosakan besar dan teruk pada akuarium.

Tangki akuarium tersebut kelihatan kosong kerana air dan ikan di dalamnya bergelimpangan ke kawasan berhampiran.
Memetik BBC lagi, akuarium itu mengandungi lebih daripada 100 spesies ikan yang berbeza.
Menurut laman web rasminya, akuarium berkenaan ditutup sementara waktu dan meminta agar pengunjung menjadualkan semula tiket mereka.
AquaDom dibuka pada Disember 2003 dan telah dinobatkan sebagai akuarium terbesar di dunia oleh Guinness World Record.

Pembinaan aquarium itu dilaporkan menelan belanja kira-kira €12.8 juta (RM61 juta) untuk dibina.
Sumber: BBC