RapidKL memaklumkan bahawa kadar kelajuan tren Transit Aliran Ringan (LRT) bagi Laluan Ampang/Sri Petaling akan perlahan daripada kebiasaan selama empat hari, bermula 20 Disember.
Berdasarkan kenyataannya di Twitter (@askrapidkl), perubahan kelajuan sementara tren ini akan menyebabkan tren LRT bergerak lebih perlahan daripada kelajuan normal pagi kedua-dua arah.
Difahamkan, perubahan sementara kelajuan tren LRT ini hanya melibatkan landasan dari stesen LRT Miharja ke stesen LRT Chan Sow Lin sahaja.
Perkara ini berpunca daripada kerja-kerja penyelenggaran yang bakal dijalankan pada landasan laluan berkenaan.
Pelanggan yang hormati, harap maklum bahawa bermula 20 hingga 23 Disember 2022 tren akan bergerak lebih perlahan di kedua-dua arah antara Stesen LRT Miharja ke Stesen LRT Chan Sow Lin untuk kerja-kerja penyelenggaraan landasan.#RapidKL pic.twitter.com/IMuzFC3eBI
— Ask Rapid KL (@askrapidkl) December 16, 2022
Semalam, RapidKL (@myrapidkl) memaklumkan kemaskini situasi semasa bagi kerja pembaikpulihan fasiliti di stesen-stesen MRT bagi laluan Kwasa Damansara – Kajang.
Antara baik pulih fasiliti yang dilaksanakan termasuklah pada bahagian eskalator, lampu dan juga bumbung di stesen-stesen yang terlibat.
Menurut tweet yang dimuat naik semalam, kerja-kerja baik pulik tersebut dijangka akan selesai pada hari ini.
BACA: Eskalator Di Beberapa Stesen MRT Dibaik Pulih, Ada Dijangka Selesai 16 Disember Ini
Sumber: AskRapidKL via Twitter