Remaja 15 Tahun Larikan Ambulans Hospital Berjaya Dicekup
Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun nekad melarikan sebuah ambulans sejauh lapan kilometer tanpa disedari oleh kakitangan hospital di daerah Thrissur, India pada Isnin lepas.
Sebelum ini remaja itu dimasukkan ke hospital kerana demam sebelum melarikan kenderaan Ambulans 108 yang diletakkan di perkarangan Hospital Besar Thrissur.
Memetik Kaumudi, ambulans tersebut berhenti secara tiba-tiba di Ollur Anakkallu. Apabila menyedari pemandu kenderaan itu masih muda, orang awam berasa curiga dan melaporkan hal tersebut kepada polis.
Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual
Ambulans berkenaan kemudiannya telah ditemui melalui kemudahan GPS. Setakat ini, pihak berkuasa hospital tidak akan memfailkan aduan dan tindakan selanjutnya akan diambil selepas siasatan.
Memetik Kaumudi lagi, remaja berkenaan merupakan anak kepada seorang kakitangan di hospital.
Difahamkan remaja tersebut dikenali oleh semua kakitangan di hospital menyebabkan dia dengan mudah dapat masuk ke dalam ambulans sebelum bertindak untuk memandunya.
Sumber: Kaumudi