Siakap Keli
Jual Rumah Demi Langsaikan Hutang
Gambar: BOL News

Tak Senang Hati Tengok Bapa Selalu Runsing, Lelaki Nekad Jual Rumah Demi Langsaikan Hutang Bapa

Tak Senang Hati Tengok Bapa Selalu Runsing, Lelaki Nekad Jual Rumah Demi Langsaikan Hutang Bapa

Seorang lelaki Arab nekad menjualkan rumahnya demi melunaskan hutang bapanya sebanyak SR 1 juta (RM 1,256,480).

Pemberi pinjam tersebut sangat tersentuh dengan tindakan lelaki itu dan mengembalikan semula SR 1 juta kepadanya.

Memetik laporan Life In Saudia Arabia (LISA), lelaki berkenaan memutuskan untuk memberi kejutan kepada bapanya dengan menjual rumahnya dan membayar hutang bapanya itu kepada pemberi pinjam.

Ketika lelaki tersebut berjumpa dengan pemberi pinjam dengan wang SR 1 juta di dalam begnya, dia merasa kagum dengan dirinya kerana dapat menyelesaikan hutang tanpa meminta bantuan daripada sesiapa.

Disebabkan rasa ingin tahu, pemberi pinjaman telah bertanyakan kepada lelaki tersebut tentang wang yang diperolehi itu.

Kemudian, lelaki berkenaan menjawab bahawa dia tidak boleh melihat keadaan ayahnya yang selalu runsing pada tiap malam.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Oleh itu, dia telah menjual rumah miliknya dan menyewa sebuah apartmen serta melangsaikan hutang ayahnya itu.

Pemberi pinjaman tersebut merupakan seorang lelaki kaya, beliau amat kagum dengan sikap lelaki berkenaan.

Lantaran itu, beliau bermurah hati untuk menyelesaikan hutang tersebut tanpa mengambil SR 1 juta daripadanya.

“Saya tidak boleh terima bahawa jumlah SR 1 juta ini ialah hadiah untuk kasih sayang dan rasa hormat daripada anak kepada bapanya,” kata pemberi pinjam.

Kedua-dua lelaki ini telah memberi contoh teladan yang baik kepada masyarakat. Mereka juga telah menunjukkan kepada dunia bahawa masih ada lagi orang yang memiliki sifat baik hati dan tolong-menolong pada masa ini, lapor LISA.

Kisah antara seorang anak dengan ayahnya ini contoh bagaimana seorang anak memikul tanggungjawabnya kepada ayahnya yang sudah berusia.

Sumber: Life In Saudi Arabia (LISA)

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.