Siakap Keli

eslite spectrum Kuala Lumpur Rasm Dibuka Pada 17 Disember, Dibuka Sehingga 1 Pagi

eslite spectrum Kuala Lumpur dibuka secara rasmi di The Starhill pada 17 Disember, 2022  dan kekal dibuka sehingga jam 1 pagi untuk “Sleepless Saturday” untuk memberikan  penggemar buku peluang yang lebih panjang bagi menyambut pembukaannya.  

Dalam ucapan alu-aluan beliau, pengerusi eslite Corporation, Cik Mercy Wu berkata, eslite  spectrum Kuala Lumpur ialah kedai utama pertama mereka di Asia Tenggara.  

“Kami cukup gembira dan bersyukur atas kejayaan ini. Kami berharap agar eslite spectrum  Kuala Lumpur akan menjadi pusat humanistik yang menggalakkan pengalaman mengembara.  Kami bercita-cita untuk menjadi satu ruang budaya yang menjana kemesraan, meraikan cerita  dan menerima semua. Saya cukup teruja untuk menyusun projek kerjasama merentas  budaya, -sektor dan -bahasa untuk merealisasikan interaksi seni dan budaya di Kuala Lumpur  bersama dengan rakyat Malaysia,” kata Cik Mercy. 

Pada masa ini, eslite mengendalikan 48 kedai di Taiwan, Hong Kong, Suzhou, Tokyo dan  Kuala Lumpur. Bukan sekadar kedai buku, eslite spectrum Kuala Lumpur adalah pusat  kebudayaan yang menawarkan pengalaman membaca pelbagai bahasa, alat tulis esklusif dari  seluruh dunia, produk unik dengan reka bentuk budaya dan kreatif, trend gaya hidup, pameran dan persembahan kesenian dan kebudayaan, serta kopi bertaraf dunia di bawah satu  bumbung. 

“Hari ini merupakan hari pertama eslite spectrum bertemu dengan rakyat Malaysia. Pada hari  besar yang sebergini, Kumpulan YTL ingin mengucapkan tahniah kepada eslite spectrum yang  berjaya melancarkan kedainya secara rasmi di The Starhill! Kami amat berbangga atas  peluang untuk bekerjasama dengan eslite sepanjang dua tahun untuk membina mercu tanda  kebudayaan ini. Kami juga amat bersyukur atas semangat kerjasama dan visi yang sama dari  kedua-dua pihak. Kami harap bahawa kesungguhan kami akan memperkayakan kehidupan,  memupuk kreativiti, serta membawa kebahagian kepada masyarakat. Saya yakin eslite  spectrum bakal menjadi destinasi kebudayaan pilihan utama pengunjung tempatan, dan juga  pelancong. Terima kasih atas sertaan eslite spectrum ke The Starhill yang menjiwai konsep  “Home of the Tastemakers” kami, dan usaha dari semua dalan menjayakan projek ini. Semoga  tuhan berkati.” kata Tan Sri (Sir) Francis Yeoh, Pengerusi Eksekutif YTL Corporation. 

Terletak di Tingkat 1 The Starhill di Bukit Bintang, eslite spectrum Kuala Lumpur memilih karya  ikonik Italo Calvino, Invisible Cities, sebagai inspirasi perancangan ruang. Pintu masuk kedai  yang dibentuk sebagai terowong di penghujung perjalanan eskalator adalah permulaan yang  sesuai yang menggambarkan pengembaraan yang ditawarkan oleh eslite. Terowong itu  bermula dengan sambutan mesra oleh arnab Nini, karya daripada artis Benrei Huang, yang  membawa pengunjung melalui pengembaraan empat bandar bertema iaitu City of Arches,  The Floating City, City of Rippling Waves, dan City of Eternal Day

Salah satu daripada banyak ciri luar biasa eslite spectrum Kuala Lumpur ialah konsep jejak sastera bandar unik yang menonjolkan 17 ikon sastera di seluruh dunia. Turut menjadi  tumpuan ialah bandar-bandar yang dikaitkan dengan pengarang; Hugo dari Paris; Haruki  Murakami dari Tokyo; Eileen Chang dari Shanghai; Pai Hsien-yung dari Taipei; dan A. Samad  Said dari Kuala Lumpur merupakan antara pengarang yang ditampilkan. Turut dipamerkan  ialah koleksi pertama eslite Recommends (Pilihan eslite) oleh eslite spectrum Kuala Lumpur  yang disusun oleh kakitangan yang berdedikasi. Ia terdiri daripada 100 karya klasik Cina dan  Inggeris dari Taiwan, Hong Kong dan Suzhou yang diterbitkan antara 2020 dan 2022. 

Sempena pembukaan rasmi, pesta buku seperti “Prologue: Read” dan “Five Senses of the  Heart” telah diumumkan; pesta tersebut bertemakan RASA, iaitu perkataan Bahasa Malaysia  yang juga bermaksud ‘perasaan’. 

Sebagai tambahan kepada lebih daripada seribu tawaran pilihan khas produk buatan Taiwan  dan jenama kopi bertaraf dunia, eslite spectrum Kuala Lumpur menjemput rakyat Malaysia  untuk berinteraksi dalam ruang tersebut. Lebih daripada 30 aktiviti kesenian dan kebudayaan  telah dirancang seiring dengan pembukaan rasmi eslite spectrum Kuala Lumpur. Saksikan  ceramah dan konsert khas oleh penerbit Hung-Tze, Jan, penulis Betty Wu dan Wei Ye, dan  penyanyi Victor Wong pada hujung minggu pembukaan 17-18 Disember.

Turut membuat penampilan istimewa pada acara Malam Tahun Baru “Sleepless Saturday” ialah penulis popular Huang Shan Liao, yang memenangi gelaran buku terlaris eslite bookstore tahun ini dengan novel percintaan remaja pertamanya “If You Never Say Goodbye”, dan  penyanyi Malaysia Zee Avi. Mereka akan disertai oleh pemuzik Malaysia Keon Chia; pameran  seni dari ilustrator buku bergambar dan penulis terkenal Jimmy Liao; karol Krismas, sesi  bercerita kanak-kanak, kuartet alat tali, persembahan jazz, bengkel kraftangan dan banyak  lagi aktiviti menarik.  

eslite spectrum Kuala Lumpur dengan sukacitanya menjemput semua untuk meraikan musim  perayaan dengan buku, dan segala-galanya. Daftar sebagai ahli eslite dan buat perbelanjaan  sebanyak RM100 dalam satu transaksi dari hari ini sehingga 29 January 2023 dan berpeluang  memenangi sepasang tiket pergi balik Kuala Lumpur-Taipei bersama dengan STARLUX  Airlines; penginapan satu malam di The Ritz-Carlton Suite dan bilik Club Executive Deluxe,  Kuala Lumpur; penginapan satu malam di Junior Suite dan bilik Club Executive JW Marriott  Hotel Kuala Lumpur; dan baucar buku bernilai RM1,000. (Untuk maklumat lanjut, sila layari:  eslite.com.my) 

Untuk maklumat lanjut promosi dan hak istimewa, sila layari: eslite.com.my

Nur Farra