Siakap Keli
Leher Terjerut Bendera
Gambar: Daily Mail

Lelaki Argentina Maut Leher Terjerut Bendera, Tersangkut Dekat Tayar Motosikal

Lelaki Argentina Maut Leher Terjerut Bendera, Tersangkut Dekat Tayar Motosikal

Seorang peminat Argentina dilaporkan mati tercekik apabila bendera yang disarungkan di lehernya tersangkut di roda motosikalnya, lapor Daily Mail.

Lelaki yang berusia 22 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas kehilangan oksigen apabila motosikal yang ditunggangnya rebah ke tanah di bandar Bahia Blanca di wilayah Buenos Aires, kira-kira 400 batu di selatan ibu negara Argentina.

Difahamkan ketika kejadian berlaku, mangsa menaiki motosikal jenis Honda XR 150cc.

Menurut sumber akhbar tempatan, mangsa didapati meninggal dunia apabila bendera Argentina yang dipakainya menjerut lehernya kerana tersangkut pada salah satu roda motosikal seterusnya mencekik mangsa hingga mati.

Memetik Daily Mail, kejadian tersebut turut dilihat oleh beberapa orang saksi yang menyedari mangsa memakai bendera di lehernya.

Sehubungan itu, siasatan sedang dijalankan dan punca kematian adalah disyaki kerana sesak nafas.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Warga Argentina di seluruh dunia berpesta di jalanan selepas pasukan bola sepak negara itu muncul sebagai juara dalam Piala Dunia pada Ahad lepas.

Lebih daripada sejuta orang berkumpul di sekitar monumen ikonik Obelisk di Buenos Aires.

Sementara itu, kira-kira 10,000 rakyat Argentina meraikan kemenangan tersebut di monumen Arc de Triomf di Barcelona.

Polis Sepanyol mengesahkan bahawa mereka telah menahan tiga individu warga Argentina yang cuba memanjat pokok Krismas setinggi 115 kaki di ibu negara Sepanyol sebelum menyerang polis yang menghalang mereka.

Sumber: Daily Mail

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.