Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur semua ahli Parlimen agar hormati Dewan Rakyat, jaga tatasusila ketika berbahas dalam Parlimen.
“Seperti kita lihat bagi gelagat yang berlaku semalam, Timbalan Perdana Menteri II telah diminta untuk memaklumkan kepada ahli Parlimen yang lain untuk menjaga tatasusila dewan.
“Dalam membahas mengenai perkembangan tidak melanggar batas adab, tatasusila dan menghormati peraturan dewan,” katanya dalam sidang Parlimen hari ini.
Beliau juga berharap hal yang sama akan dilakukan oleh pembangkang supaya kemuliaan dewan dapat dijaga kerana sidang Parlimen itu juga ditonton oleh rakyat.
“Saya serahkan kepada Yang Dipertua Speaker Dewan Rakyat tetapi saya bagi jaminan sekiranya tindakan itu perlu dikenakan keatas ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan,” tambahnya.
Difahamkan, sidang Parlimen berlangsung hari ini membentangkan peruntukan khas (bajet mini) untuk perbelanjaan perkhidmatan berjumlah RM107,718,676,650.
Sumber: BERNAMA