Siakap Keli
Gambar: Instagram

Raih Lebih 59 Juta “Like”, Gambar Piala Dunia Messi Jadi Hantaran IG Paling Banyak Tanda Suka Di Dunia

Gambar Messi menjulang Piala Dunia kini muncul sebagai hantaran Instagram yang berjaya meraih tanda suka paling banyak di dunia, mengatasi rekod The Egg yang dipegang sejak 2019.

Menurut laporan Bleacher Report, hantaran yang dimuat naik bintang Argentina tersebut berjaya mendapat lebih
59,189,188
 tanda suka daripada warganet setakat ini, berbanding gambar The Egg yang memperolehi 56,266,460 tanda suka.

Kredit: Instagram

Messi memuat naik gambar tersebut semalam, selepas skuad yang diketuainya berjaya menumbangkan penyandang juara, Perancis dalam perlawanan akhir menerusi sepakan penalti untuk muncul sebagai juara Piala Dunia 2022 yang dianjurkan Qatar.

Menerusi gambar tersebut, Messi berkongsi emosi yang dirasainya saat menggenggam trofi emas dambaan semua pemain bola sepak itu.

“Terima kasih banyak kepada keluarga saya, kepada semua yang menyokong dan juga kepada semua yang mempercayai kami.

“Kami membuktikan sekali lagi kepada rakyat Argentina bahawa apabila kita berjuang bersama-sama dan bersatu, kita mampu mencapai apa yang kita sasarkan.

“Merit adalah kepada kumpulan ini berbanding individu itu sendiri, merupakan kekuatan untuk semua berjuang demi impian yang sama.

“Rakyat Argentina, kami berjaya! Ayuh Argentina! Kami akan berjumpa anda tidak lama lagi..” tambah Messi dalam kenyataan itu.

Selain gambar berkenaan, Messi turut memuat naik beberapa keping gambar lain yang merakam detik-detik indah negaranya menjulang piala teragung dunia bola sepak itu.

BACA: Messi: “Saya Tidak Percaya…”

Komen dari para pengguna Instagram

Bukan itu sahaja, hantaran Instagram yang disifatkan hantaran paling bermakna dalam sejarah bola sepak tersebut telah meraih lebih 1.6 juta komen.

Kelab semasanya yang berpangkalan di Kota Paris di Perancis, Paris Saint-Germain (PCG) turut menitipkan ucapan tahniah ke atas pemain tersebut.

Kredit: Instagram

Raja TikTok, Khaby Lame turut memberikan reaksi positif ke atas atas kejayaan pemain GOAT ini.

Kredit: Instagram

Sebelum ini, sekeping gambar telur telah dimuat naik menerusi akaun Instagram @world_record_egg pada 5 Januari 2019 menjadi gambar paling banyak disukai setelah mendapat tanda suka melebihi 25 juta pada ketika itu.

‘Ikon’ telur tersebut telah memuat naik gambar tersebut bersama-sama dengan satu kapsyen yang memberikan seruan kepada pengguna Instagram untuk meninggalkan tanda suka pada gambar tersebut.

”Mari cipta rekod dunia bersama-sama dan dapatkan ‘like’ terbanyak di Instagram. Ayuh tewaskan rekod semasa yang dimiliki oleh Jenner (18 juta). Kita mampu,” kata akaun tersebut ketika itu.

BACA: Cipta Rekod Dunia, Gambar Telur Ini Menjadi Gambar Paling Banyak Disukai Di Instagram

Sumber: Bleacher Report Football via Facebook; Lionel Messi & Egg Gang via Instagram

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma