Siakap Keli
Kredit: MONSTA

Sebaris Avatar, Mechamato Masuk Senarai Carta Top 10 Filem “Box Office” Global Comscore

Mechamato mendapat tempat kesembilan bagi senarai 10 Worldwide Box Office Comscore bagi tempoh kutipan tiga hari, 16 hingga 18 Disember.

Sebelum ini, Siakap Keli melaporkan mengenai kejayaan filem Mechamato (2022) dalam mencatatkan jumlah kutipan sebanyak RM10 juta, hanya dalam masa enam hari sahaja.

Mechamato Movie Kutip RM10 Juta Selepas 6 Hari Tayangan

Bukan itu sahaja, siri animasi ini turut berjaya memikat hati penonton di Jepun, apabila ia merupakan satu-satunya siri animasi tempatan yang mendapat tempat dalam Best 101 Works for Anime of The Year, Tokyo Anime Award Festival 2023 pada awal bulan lalu.

Terkini, filem Mechamato (2022) berjaya memasuki carta Top 10 filem Box Office Global ComScore dengan kutipan tertinggi bagi tempoh tiga hari iaitu dari 16 hingga 18 Disember lalu (Jumaat-Ahad)

Filem berkenaan berada di kedudukan ke sembila apabila meraih kutipa USD 1.4 juta (RM 6.2 juta) untuk tiga hari berkenaan sahaja.

Untuk makluman, senarai ini turut mengandungi beberapa filem antarabangsa lain seperti Avatar: The Way of Water (2022), Black Panther: Wakanda Forever (2022), Violent Night (2022) dan lain-lain lagi.

Dengan pencapaian ini, ini telah membuktikan bahawa siri animasi yang dikeluarkan oleh warga tempatan memiliki potensi yang sangat besar untuk menembusi pasaran global.

Sebelum ini, Golden Screen Cinema (GSC) telah mengumumkan bahawa pihaknya telah menambah waktu tayangan filem Mechamato (2022) pada 17 Disember lepas.

Pihak GSC menambah jumlah slot tayangan filem Mechamato sehingga lewat malam dan berdasarkan jadual yang dimuat naik, ada pawagam menayangkan filem tersebut dengan slot terakhir sekitar 12.30 tengah malam.

Penambahan slot ini berdasarkan permintaan daripada orang ramai, khususnya daripada golongan ibubapa yang memiliki anak-anak kecil.

Sunggupun begitu, slot-slot tayangan terakhir tersebut adalah berbeza mengikut lokasi bagi setiap cawangan GSC di seluruh Malaysia.

BACA: Semalam Menteri Minta Penjelasan, Hari Ini GSC Tambah Slot Tayangan Mechamato Hingga Lewat Malam

Sumber: @Cinemania_World via Twitter & Comscore

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.