Siakap Keli
Selangor salur bantuan banjir
Kredit BERNAMA

Selangor Salur Bantuan Banjir RM1 Juta Buat Kelantan & Terengganu

Selangor salur bantuan banjir RM1 juta buat Kelantan & Terengganu

SHAH ALAM, 20 Dis (Bernama) — Kerajaan Negeri Selangor menyumbangkan bantuan kewangan sebanyak RM500,000 masing-masing kepada kerajaan Kelantan dan Pahang untuk membantu mangsa banjir di dua negeri berkenaan.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata bantuan itu bagi meringankan beban atas musibah yang melanda kedua-dua negeri tersebut selain bersimpati dengan nasib yang menimpa rakyat.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

“Kerajaan Negeri melalui Skuad Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) serta Sukarelawan Selangor (SERVE) bersedia berkhidmat untuk sebarang bentuk bantuan kemanusiaan pasca banjir sebaik sahaja keadaan mengizinkan kelak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Amirudin berkata acara sambutan Ambang Tahun Baharu peringkat Selangor juga dibatalkan demi menghormati mangsa dan keluarga yang terkesan dengan musibah banjir dan tragedi tanah runtuh Batang Kali.

Setakat 8 pagi hari ini, angka Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menunjukkan seramai 25,353 orang di Kelantan dan 37,021 orang di Terengganu telah menjadi mangsa musibah tersebut.

Sumber: BERNAMA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.