Siakap Keli

Bukan Berempat, Rupanya Ini Ahli Kelima Blackpink Yang Ramai Tak Tahu & Punca Terlepas Peluang Kemunculan

Bukan Berempat, Rupanya Ini Ahli Kelima Blackpink Yang Ramai Tak Tahu & Punca Terlepas Peluang Kemunculan

Blackpink merupakan sebuah kumpulan K-Pop yang paling popular di atas planet ini. Dibarisi empat tonggak jelita, kemasyhuran yang dikecapi kumpulan ini memang tidak boleh dinafikan. Bakat dan kecantikan mereka, bukan sahaja diidolakan oleh peminat tempatan di Korea Selatan, malah dikagumi oleh serata dunia.

Bagi mereka yang mengikuti rapat perkembangan kumpulan ini, pasti sudah sedia maklum komposisi kumpulan Blackpink yang terdiri daripada Lisa, Jennie, Rose dan Jisoo yang melakukan debut pada 2016.

Namun tahukah anda, Blackpink asalnya dirancang untuk diketengahkan dengan lima orang ahli. Namun, di atas sebab-sebab tertentu yang awalnya tidak dinyatakan, ahli kumpulan kelima ini gagal membuat kemunculan bersama yang lain.

Sumber: Chanel Korean

Menurut perkongsian salah satu akaun di media sosial facebook @projectnightfall, mengungkap kisah disebalik ketidakmunculan ahli kelima Blackpink yang dikenali sebagai Cho Mi Yeon atau Mi Yeon.

Menurut laman facebook itu, syarikat pengurusan artis terkemuka Korea Selatan, YG Entertaiment mengrekrut gadis-gadis jelita untuk penubuhan sebuah kumpulan wanita baharu. Mi Yeon merupakan perserta yang berjaya selepas mengikuti satu uji bakat dan menjalani latihan selama lima tahun berlatih bersama peserta-peserta yang lain.

Pada awalnya, kumpulan berkenaan dirancang untuk ditubuhkan dengan sembilan ahli, namun dikecilkan kepada empat ahli ketika debut sebagai Blackpink dengan kemungkinan ahli kelima menyusul kemudian. Ahli kelima tersebut khabarnya adalah Mi Yeon.

Namun begitu, akibat dihimpit pelbagai kontroversi antaranya didakwa menjalinkan hubungan percintaan yang dikatakan melanggar kontrak syarikat pengurusan selain mengambil masa terlalu lama untuk melakukan debut, Mi Yeon akhirnya disingkirkan terus dan Blackpink kekal dengan empat ahli.

Walaupun terlepas peluang yang besar untuk debut bersama Blackpink, Mi Yeon tetap berjaya dan mencipta nama di industri muzik Korea Selatan apabila melakukan debut bersama kumpulan (G)I-DLE dibawah syarikat hiburan CUBE, dua tahun selepas kemunculan Blackpink.

Tidak bersama Blackpink, Mi Yeon bagaimanapun tetap menyerlah dan berjaya memenuhi impiannya untuk menjadi seorang superstar muzik.

Mi Yeon terima baik oleh peminat dan merupakan salah satu personaliti yang paling disayangi serta memberi inspirasi dalam dunia K-pop.

BACA: Piala AFF: Syihan Muncul Wira, Nafikan Penalti Minit 90 Myanmar, Malaysia Menang 1-0

Sumber: @Project Nightfall via Facebook, Music Mundial, Channel Korea, Koreaboo

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.