Disember yang juga sinonim sebagai bulan cuti adalah antara bulan yang paling dinanti-nantikan oleh kebanyakan kanak-kanak dan ibu bapa. Anak-anak dah berhempas pulas di sekolah sepanjang tahun, mak ayah pula siang malam cari duit, jadi inilah masanya untuk enjoy dan merehatkan minda kan?
Bila masuk je bulan ini, ramai yang mula merancang jadual percutian, nak pergi berjalan-jalan di mana, sama ada dalam atau di luar negara. Antara destinasi pilihan sudah tentulah taman tema, pantai, air terjun serta hotel-hotel mewah yang mempunyai keindahan dan daya tarikan tersendiri.
Sesetengah lokasi ini memerlukan bayaran untuk masuk. Namun, jangan tak tahu, di Malaysia sebenarnya ada pelbagai lagi lokasi menarik untuk dilawati secara percuma. Anda tak perlu bayar apa-apa, datang dan nikmati semua keseronokan yang ditawarkan sampai puas.
Tempat-tempat yang kami maksudkan adalah di IOI Galeria yang dihiasi dengan tema dekorasi menarik di lapan lokasi berbeza. Bermula 15 Disember sehingga 28 Februari ini, IOI Properties akan menganjurkan pelbagai aktiviti menyeronokkan sempena musim sekolah ini untuk dijadikan kenangan bersama ahli keluarga tercinta.
- Magical Wonderland di IOI Resort City
- Neon Safari di Bandar Puteri Puchong
- Family Fun Carnival, Bandar Puteri Bangi
- Space Fantasy di Warisan Puteri, Sepang
- Rock n Roll di 16 Sierra, Puchong South
- Light Age Musical, Bandar Putra Kulai
- Emoji Wonderland di Taman Kempas Utama, Johor & Pulau Pinang
- Candyland di Bandar IOI Segamat, Johor
Dibawah ini kami kongsikan beberapa foto aktiviti dan hiasan menarik disediakan di setiap lokasi.



Lokasi: https://tinyurl.com/4acep8jy


Lokasi: https://tinyurl.com/54pdcsx8


Lokasi: https://tinyurl.com/2xxm63yj



Lokasi: https://tinyurl.com/djt6nfh3


Lokasi: Johor- https://tinyurl.com/4wpd7e6c / Penang- https://tinyurl.com/mt789b4a


Lokasi: https://tinyurl.com/3huv4jch


Lokasi: https://tinyurl.com/4ftte9s5


Lokasi: https://tinyurl.com/59jm54tu
Selain aktiviti-aktiviti di atas, anda juga boleh menyertai pelbagai aktiviti lain lagi yang disediakan oleh IOI Properties sempena musim cuti sekolah dan sambutan Hari Natal ini nanti.
101 Wishes Come True
Apa yang lebih menyeronokkan ialah pihak IOI Properties akan pilih impian pengunjung bertuah untuk dijadikan kenyataan. Anda hanya perlu kunjungi di lokasi terpilih IOI Galeria di Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang untuk menyertai aktiviti 101 Wishes Come True ini.
Caranya, tulis impian anda dan masukkan ke dalam peti yang disediakan di lokasi. Pihak IOI Properties akan memilih 101 impian paling bermakna untuk ditunaikan. Nantikan hadiah kemenangan cabutan bertuah anda diumumkan oleh IOI Properties.
Impian yang ditulis boleh sahaja mengenai diri sendiri ataupun tentang orang yang anda sayangi. Lagi bermakna impian yang ditulis, maka lagi tinggilah untuk impian anda ditunaikan tau.
My IOI Moments, raikan setiap detik bersama yang tercinta
Selain itu, anda juga boleh menyertai peraduan “My IOI Moments” yang menawarkan pelbagai hadiah menarik.
Senang je nak sertai peraduan ini. Anda cuma perlu kunjungi lokasi terpilih IOI Galeria dan abadikan gambar-gambar anda atau bersama dengan orang tercinta di sana.
Mudahnya, lagi kreatif anda bergambar lagi tinggi peluang untuk anda menang. Selepas itu, muat naik gambar-gambar tersebut di Facebook dan Instagram. Jangan lupa letak #IOIProperties dan #101HappyMoments.
Tarikh tutup peraduan ini adalah 14 Februari ini. Pemenang bertuah yang akan diumumkan kelak akan membawa pulang hadiah bernilai sehingga RM 1,001 tau.
Jadi, usah lepaskan peluang anda untuk bercuti dan bawa semua ahli keluarga berkunjung ke mana-mana lokasi IOI Galeria yang kami kongsikan di atas.
Selain dapat meraikan cuti hujung tahun dan meluangkan masa bersama orang tersayang, anda juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan oleh IOI Properties.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, anda boleh layari laman web, Facebook dan Instagram IOI Properties.