Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Empat Mayat Mangsa Ditemukan Lengkap Berpakaian, Mula Reput – Polis

Nurhanis
mayat mangsa ditemukan mula reput
Gambar: BERNAMA

Polis mengesahkan empat mayat mangsa tragedi tanah runtuh ditemukan dengan keadaan lengkap berpakaian dan mula mereput dalam satu khemah di sektor C pada kedalaman tujuh meter, lapor Bernama.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah berkata empat mayat yang ditemui pada 11.50 pagi itu terdiri daripada lelaki dewasa, wanita dewasa serta dua kanak-kanak.

Namun pada ketika ini, identiti empat mayat masih belum dikenal pasti.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan diteruskan untuk mengesan tiga lagi mangsa.

“Pencarian tertumpu di sektor A dan C,” katanya.

Pagi tadi, media melaporkan polis telah menemukan empat lagi mayat menjadikan jumlah korban tragedi kini seramai 30 orang.

Setakat ini, tiga mangsa masih hilang manakala 61 terselamat daripada keseluruhan 94 mangsa yang dilaporkan terlibat.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, daripada keseluruhan mangsa terlibat, 29 adalah kanak-kanak dan 65 dewasa.

Sumber: BERNAMA