Siakap Keli
messi super ballon d'or
Gambar: FIFA, Messi

Messi Mungkin Jadi Penerima Kedua Trofi Super Ballon d’Or, Anugerah Paling “Rare” Bola Sepak

Messi Mungkin Jadi Penerima Kedua Trofi Super Ballon d’Or, Anugerah Paling “Rare” Bola Sepak

Kejayaan Argentina menjulang Piala Dunia FIFA Qatar 2022 baru-baru ini masih menjadi topik perbualan hangat hingga ke hari dan salah satunya adalah berkenaan persembahan menakjubkan tonggak utamanya, Lionel Messi.

Pada usia 35 tahun, Messi menampilkan persembahan persis ‘alien’ apabila berjaya menjaringkan tujuh gol dalam tujuh perlawanan sehingga melayakkannya menjadi pemain paling banyak menerima anugerah Pemain Terbaik Perlawanan dalam kejohanan tersebut.

Terkini, setelah ramai berpendapat kejayaannya menjulang Piala Dunia itu telah menamatkan perdebatan siapakah Pemain Terbaik Sepanjang Zaman, Messi khabarnya akan menambah satu lagi trofi atau anugerah peribadi, dimana tahap ‘rare’ anugerah tersebut menyamai Piala Dunia itu sendiri, atau boleh jadi lebih unik.

Untuk makluman pembaca, pemain Amerika Selatan itu mungkin berpeluang untuk merangkul anugerah Super Ballon d’Or, iaitu pengiktirafan individu tertinggi dalam dunia bola sepak.

Anugerah Super Ballon d’Or adalah anugerah yang jarang peminat bola dengari kerana ia jarang berlaku dan hanya  pernah diberikan sekali sahaja dalam sejarah bola sepak dunia. Kriteria pemberiannya pula dikatakan hanya diberikan kepada pemain yang benar-benar layak dan menampilkan aksi mengagumkan dalam tempoh 30 tahun ke belakang.

Alfred de Stefano adalah satu-satunya pemain yang pernah menerima anugerah tersebut, pada 1989 ketika beraksi bersama Real Madrid. Kini, desas-desus mengatakan Messi mungkin akan menjadi pemain kedua yang bakal menerima pengiktirafan tersebut.

Anugerah ini katanya hanya diberikan kepada pemain yang lahir di Eropah sahaja. Alfred yang merupakan pemain Argentina layak memengani anugerah tersebut kerana memiliki dua kewarganegaraan dan pemegang passport Sepanyol. Beliau ketika itu menewaskan calon-calon lain seperti Johan Cryuff dan Michel Platini.

Messi juga difahamkan memiliki dua kewarganegaraan selepas diberikan passport Sepanyol pada 2005. Berbanding de Stefano, Messi lebih istimewa kerana tiada pemain yang dilihat mampu menyaingi pencapaiannya dalam tempoh beberapa tahun kebelakang.

Walaupun pengurniaan anugerah ini masih tiada pengesahan, namun France Football mungkin dalam pertimbangan untuk berbuat demikian tidak lama lagi.

Sumber: JOE, HITC

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.