Siakap Keli
Tuntut Final Lawan Argentina Diadakan Semula
Gambar: AFP

Lebih 200 Ribu Peminat Perancis “Sign” Petisyen, Tuntut Final Lawan Argentina Diadakan Semula

Lebih 200 Ribu Peminat Perancis “Sign” Petisyen, Tuntut Final Lawan Argentina Diadakan Semula

Lebih 200,000 peminat Perancis dilapor telah menandatangani satu petisyen atas talian yang menggesa perlawanan akhir Piala Dunia diadakan semula selepas mendakwa terdapat dua kesalahan besar yang dilakukan pengadil yang menyebabkan Perancis tewas dalam perlawanan tersebut.

Menerusi laman web MesOpinions, mereka mendakwa pengadil perlawanan Szymon Marciniak ‘tertipu’ ketika Argentina menjaringkan dua gol.

Dalam gol yang pertama, mereka mendakwa bahawa Argentina tidak seharusnya diberikan sepakan penalti selepas Ousmane Dembele menjatuhkan Angel Di Maria kerana kekasaran tersebut adalah minima.

Manakala dalam gol kedua pula, mereka menyalahkan pengadil kerana gagal mengesan kekasaran yang dilakukan oleh pemain Argentina terhadap Klyian Mbappe ketika proses build-up gol Di Maria.

Dalam perlawana. akhir yang berkesudahan 3-3 selepas tamat 120 minit perlawanan dan masa tambahan, Argentina berjaya menumbangkan Perancis menerusi penentuan sepakan penalti, sekaligus menyaksikan Lionel Messi berjaya menjulang Piala Dunia buat kali pertama.

Terdahulu, para peminat Perancis juga pernah melancarkan satu petisyen serupa bagi mendesak perlawanan diadakan semula selepas Perancis tersingkir daripada Piala Eropah ditangan Switzerland pada 2020.

Ketika itu, mereka mendakwa penjaga gol lawan, Yan Somer bergerak lebih awal di atas garisan gol ketika menafikan sepakan penalti Mbappe.

Sumber: Football London

Shafikah