Siakap Keli
Kredit: Facebook & Pixabay

Dianggap Rosak & Kena Mohon Semula, Lelaki Ini Pesan, “Jangan Sesekali Laminate Geran Tanah”

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sudah menjadi satu kebiasaan dalam rakyat Malaysia untuk laminate dokumen-dokumen penting mereka seperti sijil lahir, slip peperiksaan penting dan sebagainya.

Tujuan laminate ini adalah untuk melindungi dokumen penting tersebut daripada mengalami kerosakan seperti terkoyak, basah dan mengalami kekotoran.

Namun, tahukah anda bahawa terdapat beberapa dokumen yang tidak dibenarkan untuk di ‘laminate‘ sesuka hati.

Gambar hiasan | Kredit: Pixabay

Ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Fadil Mohd Yusof menerusi hantarannya di laman tersebut. 

Beliau menceritakan pengalamannya berurusan dengan seorang klien di pejabatnya. Ketika berurusan, kliennya telah menyerahkan geran yang sudah di ‘laminate‘.

Berdasarkan hantaran tersebut, klien tersebut memiliki lima bidang tanah maka, sudah semestinya beliau memiliki lima keping geran tanah.

Namun, klien tersebut telah meletakkan kertas laminate pada tiga geran tanahnya dan dua geran lagi tidak dibuat sedemikian disebabkan faktor saiznya yang terlalu besar.

Ketika Fadil melihat keadaan geran kliennya, dia hanya mampu menepuk dahi kerana tindakan klien tersebut menyebabkan gerannya jatuh pada kategori geran rosak dan memerlukan klien untuk membuat Permohonan Hakmilik Rosak di Pejabat Tanah semula.

Gambar hiasan | Kredit: Pexels

Mungkin maklumat ini telah menyebabkan kita menjadi sedikit gentar, lagi-lagi jika kita seorang yang agak cemerkap. Jangan risau. Jika geran anda mengalami kerosakan, anda boleh menukarkannya terus di Pejabat Tanah yang berdekatan dan masa yang diambil lebih cepat, dengan syarat negeri berkenaan sudah menggunakan sistem etanah.

Ada negeri yang tidak mengguna pakai etanah, proses boleh mengambil masa sehingga enam bulan.

Sebagai alternatif kepada kertas laminate, anda juga boleh menggunakan card case bersaiz A4 untuk melindungi dokumen penting anda dan mengeluarkannya ketika ia diperlukan.

Gambar hiasan | Gambar via Google Image

Selain itu, ketika mendapat dokumen penting buat kali pertama, anda boleh bertanya kepada pihak tersebut sama ada dokumen tersebut boleh diletakkan kertas laminate atas sebaliknya.

Sememangnya, kita perlu menjaga dokumen penting dengan baik namun segelintir caranya menyebabkan para penguatkuasa sukar untuk menentukan keaslian dokumen anda.

Bayangkan ada pihak bertanggunjawab yang memalsukan geran tanah anda dan kedua-dua geran, sama ada yang palsu dan asli telah di ‘laminate’, ia menyukarkan pihak berkuasa untuk menentukan mana satu dokumen yang asli.

Untuk penerang lanjut bagaimana ‘laminate‘ boleh merosakkan geran anda, anda boleh mendapat penjelasan lengkap menerusi artikel di bawah:

BACA: Betul Ke Kalau ‘Laminate’ Geran Dikira Sebagai ‘Rosak’? Ini Jawapan Dari Pejabat Tanah

Sumber: Fadil Mohd Yusof via Facebook

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.