Siakap Keli
Kredit gambar: Google

Betul Ke Kalau ‘Laminate’ Geran Dikira Sebagai ‘Rosak’? Ini Jawapan Dari Pejabat Tanah

Beberapa hari ini tular tentang tindakan ‘laminate’ geran tanah yang dianggap boleh merosakkannya dan perlu digantikan dengan geran baharu.

Hantaran yang tular itu mendakwa, pejabat tanah akan putuskan bahawa geran yang di ‘laminate’ itu akan dikira rosak.

Contoh dokumen yang dilaminate | Kredit: Google

Merujuk kepada portal Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor, terdapat tiga kategori bagi permohonan geran hakmilik baharu, iaitu Permohonan Hakmilik Hilang, Permohonan Hakmilik Rosak dan Permohonan Hakmilik Hancur.

Hakmilik Hilang merupakan geran yang dipegang oleh tuan tanah atau pihak yang berkepentingan, ianya telah hilang dalam simpanan mereka. Sama ada hilang disebabkan kecurian ataupun kecuaian (miss place).

Anda boleh merujuk senarai semak permohonan hak milik hilang mengikut individu, syarikat swasta atau firma guaman dan jabatan kerajaan atau badan berkanun (yang tidak berobjektifkan keuntungan) di sini.

Selain itu bagi Permohonan Hakmilik Rosak pula, ia merupakan geran hak milik yang TELAH DIANGGAP ROSAK akibat bencana, dimakan usia atau telah ‘dilaminate’ kan. Tempoh proses penggantiannya memakan masa sehingga dua minggu.

Prosedur permohonannya sama seperti permohonan hilang dan anda perlu membawa geran yang rosak itu ke jabatan ini (pejabat tanah dan geran negeri) untuk diproseskan permohonan gantian.

Manakala bagi Permohonan Hakmilik Hancur pula, ia merupakan geran yang telah hilang dalam simpanan tuan tanah atau pihak berkepentingan. Dalam masa sama, SALINAN geran pendua yang disimpan di pejabat tanah juga turut telah hilang dan tiada maklumat.

Bagaimanapun, tempoh proses penggantiannya adalah selama sembilan bulan. Ia agak memakan masa yang begitu lama kerana memerlukan SIASATAN dan perlu melalui warta sebanyak dua kali. Ia juga turut melibatkan bantahan; sekiranya ada terhadap tanah yang dimaksudkan.

Sumber: Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'