Siakap Keli
Gambar: Fahmi Fadzil/Bernama

“Dah Maklumkan Pada PDRM & SKMM,” Fahmi Fadzil Dedah Dimasukkan Dalam “Group Scam”

“Dah Maklumkan Pada PDRM & SKMM,” Fahmi Fadzil Dedah Dimasukkan Dalam “Group Scam”

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil  mendedahkan bahawa beliau telah dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp scam hari ini.

Menerusi ciapan di Twitter rasmi miliknya, Fahmi berkata beliau telah dikeluarkan dari kumpulan itu apabila memaklumkan kepada scammer tersebut bahawa kegiatan mereka itu telah dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Scammer masukkan saya dalam group WhatsApp Scam. Bila saya kata dah alert Polis Diraja Malaysia (PDRM)  dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), saya kena kick,” katanya.

Dalam pada itu, Fahmi juga turut menasihatkan orang ramai agar segera menghubungi talian 997 jika menjadi mangsa scam.

Untuk pengetahuan, talian 997 merupakan talian Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) yang merupakan usahasama antara PDRM, Pusat Anti Jenayah Kewangan Kebangsaan, Bank Negara Malaysia, SKMM dan bank tempatan.

Ketika menghubungi talian itu, mangsa perlu memberikan beberapa maklumat berkaitan insiden penipuan yang dialami. Ia termasuk maklumat transaksi dan komunikasi dengan suspek.

Sementara itu, pendedahan Fahmi tersebut telah mendapat perhatian netizen dan rata-rata dari mereka mengharapkan agar kegiatan tersebut dapat dibanteras dengan sebaiknya.

Sumber: Fahmi Fadzil

Sofea

There's always another side to every story