Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Polis menyeru individu yang merakam kejadian atau mana-mana saksi awam berkenaan pergaduhan melibatkan topi keledar yang dipercayai berlaku di Ipoh, Perak, menampilkan diri bagi membantu siasatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata pihaknya telah mengesan satu video yang berdurasi 20 saat dimuat naik oleh halaman Facebook ‘InfoRoadBlock’.
Difahamkan, kejadian dikatakan berlaku di laluan Klebang Jaya 13, Taman Klebang Jaya, Chemor yang belum dapat dipastikan tarikh dan masanya.
“Sehubungan dengan itu, satu laporan polis telah dibuat untuk siasatan pihak polis.
“Individu yang merakam kejadian atau mana-mana saksi awam supaya berhubung dengan ASP Norshaharah Marzuki di talian 010-3790508 bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana gaduh gempar,” katanya dalam kenyataan itu pada Ahad.
Rakaman video berdurasi 20 saat itu menunjukkan dua lelaki sedang memukul antara satu sama lain dengan menggunakan topi keledar.
Mereka juga dilihat bergelut dan bertumbuk di tengah persimpangan jalan tersebut.
Sumber: Polis Daerah Ipoh via Facebook