Siakap Keli

25 Tarikan Kat 1 Lokasi & Masuk Percuma, Ini Tempat Best Nak Bawa Anak Bercuti Tahun Baru Nanti

Bila dah berniat untuk melancong di luar negara ni, sudah pasti ada sesuatu tarikan yang membuatkan korang semua berminat.

Ada orang nak melancong ke luar negara disebabkan infrastruktur yang menawan, ada juga kerana keindahan landskap dan ada juga kerana aktiviti menarik seperti menaiki belon udara panas.

tarikan

tarikan

Tapi kan, korang pernah tersedar tak yang dekat Malaysia ni pun sebenarnya ada tarikan-tarikan tersebut yang mirip seperti di luar negara.

Sebagai contoh, di Malaysia juga ada aktiviti belon udara panas, taman bunga tulips, suasana ala-ala musim Aurora Borealis, kincir angin Netherlands dan banyak lagi. Bestnya!

  • Lokasi: Elmina Central Park, Seksyen U16, Elmina West,City of Elmina, 40160, Selangor
  • Tarikh: 31 Disember 2022 sehingga 1 Januari 2023
  • Masa: Dari jam 4 petang

Tapi kenapa semua ni secara tiba-tiba ada dekat Malaysia? Sehinggakan korang sendiri yang selalu travel ni tak pernah tahu pun?

Sime Darby Property anjur Festival Tahun Baru di Elmina Central Park

Kalau korang nak tahu, Sime Darby Property akan menganjurkan sebuah festival dinamakan Festival Tahun Baru di Elmina Central Park. Festival menarik tapi tak tahu bila dan di mana? Korang boleh rujuk info dekat link ini.

Uniknya, terdapat lebih 25 tarikan menarik yang diadakan di sana termasuklah belon udara panas, Flying Fox, permainan Go-Kart, Carousel, Flying Chairs, tempat untuk glamping, Beyond 50 Experiential Tunnel dan pelbagai lagi.

‘Journey’ unik melalui Beyond 50 Experiential Tunnel

Gambar: Charles Gadeken, Team Lab Future Park

Haa? Beyond 50 Experiential Tunnel? Tarikan apa pula tu? Bagi korang yang tertanya-tanya, tarikan ini ialah satu tarikan istimewa di mana korang akan dibawa dalam satu ‘journey’ menerusi 50 tahun Sime Darby Property membina townships untuk semua lapisan generasi. Malahan, menerusi tarikan ini juga korang akan dibawa ke ‘masa hadapan’ dengan pameran Sime Darby Property’s Concept Home 2030.

Tarikan 4 musim di Malaysia?

Menariknya menerusi festival ini, Sime Darby Property juga mempunyai satu tarikan unik yang dinamakan 4 Seasons Around The World! Untuk maklumat korang, tarikan ini membawakan empat ‘musim’ berbeza dari seluruh dunia ke festival ini khas untuk korang.

Musim-musim tersebut terdiri daripada Autumn Colours of Korea, Vivid Springs in Netherlands, Winter Wonderland in Finland dan Summer Dreams in Morocco. Bagi korang yang nak merasa macam ala-ala dekat luar negara tu boleh la datang.

Aktiviti-aktiviti lasak turut disediakan

Kalau korang yang meminati aktiviti-aktiviti lasak pula, ada tarikan-tarikan yang semestinya best untuk dinikmati seperti Flying Fox dan Wall Climbing . Bagi kanak-kanak yang meminati sukan lasak, mereka boleh cuba tarikan Mini Rope Course untuk cabar serta uji keberanian mereka.

Tarikan-tarikan best yang boleh dinikmati bersama keluarga

Korang minat glamping? Kalau minat, korang tak perlu risau sebab dekat sini pun ada disediakan kawasan untuk korang glamping sambil berehat dan menikmati pemandangan-pemandangan yang indah dinamakan Glamping Rest Hut.

Untuk korang yang hadir bersama keluarga, Sime Darby Property turut menyediakan tarikan-tarikan yang sesuai dinikmati bersama seisi keluarga. Antara tarikan yang ada ialah Family Bicycle dan Tree Nursery Tour. 

tarikan

Kalau korang ada anak-anak yang meminati haiwan pula, korang boleh bawa ke tarikan seperti Petting Zoo, Pony Rides, Horse Carriage dan Free Fly Parrot Showcase.

Selain itu, satu kutipan dana untuk mangsa tragedi tanah runtuh dan banjir juga akan diadakan bagi meringankan beban mereka yang terkesan.

Bila semua ni dah ada kat Malaysia, tak perlulah korang melancong sehingga ke luar negara. Secara tidak langsung, korang juga boleh menjimatkan wang dan masa.

Nak tahu info lebih lanjut tentang Festival Tahun Baru di Elmina Central Park, korang boleh klik pautan ini atau ikuti Facebook page Sime Darby Property di sini. Ajak kawan-kawan serta keluarga korang untuk join sekali ke #CityofElmina. Lagi ramai lagi seronok!

Adib Mohd