Siakap Keli
abang viva buat majlis kahwin
Gambar: Fatin Umiyah via FB Azwan Omar

Abang Viva Buat Majlis Kahwin 31 Dis Ini, Kecil-Kecilan Saja & Ini Sebabnya

Abang Viva Buat Majlis Kahwin 31 Dis Ini, Kecil-Kecilan Saja & Ini Sebabnya

Sukarelawan banjir terkenal, Azwan Omar atau lebih mesra dikenali ‘Abang Viva‘ memaklumkan pihaknya akan membuat majlis perkahwinan kecil-kecilan di Alor Gajah, Melaka pada 31 Disember ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Azwan memberikan maklumat mengenai butiran perkahwinan itu dan memohon orang ramai untuk mendoakan majlisnya berjalan dengan lancar.

Dalam pada itu, Azwan sempat menyelit gurauan dengan mengatakan majlis tersebut dibuat secara kecil-kecilan sahaja kerana tidak mempunyai bajet, disusuli emoji ketawa di hujung ayat.

Guarauannya tidak terhenti di situ, Azwan turut menambah sekiranya ada pihak yang ingin menaja boleh hubunginya menerusi mesej kerana dia sangat mengalu-alukan perkara itu, juga ditambah emoji ketawa di belakang ayat.

Assalamualaikum,

Saya Azwan Omar (Abang Viva) akan membuat majlis resepsi perkahwinan pada 31 disember 2022. Bertempat di Taman Pengkalan Indah (rumah mak ayah). Tetapi buat secara kecil-kecilan sahaja (bajet tiada haha). Saya mohon doa dari semua untuk majlis kami nanti (kalau ada nak sponsor boleh direct message, dialu-alukan sangat haha). Sekian terima kasih.

Sumber: FB Azwan Omar

Imbas kembali Azwan telah menamatkan zaman bujangnya dengan memilih wanita pilihan hatinya, Evanoza Zakaria sebagai isteri dengan satu lafaz pada bulan Oktober tahun ini.

Perkara itu dikongsi oleh seorang jurugambar perkahwinan di laman Facebook yang bernama Aziziang Photography.

Dalam perkembangan lain, Azwan yang terkenal dengan menjadi sukarelawan membantu mangsa banjir, juga telah kembali lagi membantu penduduk di Pantai Timur yang terjejas dek fenomena alam itu.

Ketika di sana, Azwan didapati masih kekal dengan ‘watak asalnya’ sewaktu mula-mula dikenali dahulu iaitu turun ke lapangan membawa bot pelampung miliknya untuk membantu mangsa banjir terjejas.

Tidak hanya membantu orang awam, bot pelampung Azwan juga turut berbakti kepada anggota bomba apabila ia dipinjam oleh pasukan penyelamat berkenaan bagi mengangkut mangsa-mangsa terkandas.

Misi itu berjaya diselesaikan selepas air di negeri berkenaan telah surut dan semua mangsa banjir sudah ditempatkan di pusat pemindahan sementara.

https://www.facebook.com/azwan1992/posts/pfbid04Xx8E8zxWvzA3GGFYbzLBh7VBqes1Jy8vfeJ6zg5X918zCakAN7n3DicVZyueh3Bl

Sumber: Azwan Omar via Facebook

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.