Siakap Keli
Kredit: FAM Malaysia/Borussia Dortmund

“All The Best,” Borussia Dortmund Ucap Selamat Maju Jaya Buat Skuad Harimau Malaya Dalam Piala AFF 

“All The Best,” Borussia Dortmund Ucap Selamat Maju Jaya Buat Skuad Harimau Malaya Dalam Piala AFF 

Kelab bola sepak Jerman, Borussia Dortmund menarik perhatian warganet Malaysia selepas mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan Harimau Malaya dalam menempuh kejohanan Piala AFF 2022.

Ucapan itu telah dimuatnaik menerusi akaun rasmi kelab terbabit di Facebook.

“BVB mengucapkan selamat maju jaya kepada Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Lelaki Malaysia dalam kempen AFF Mitsubishi Electric Cup,” kata kelab itu.

Gambar: Borussia Dortmund

Pada Sabtu yang lalu, Malaysia telah berjaya mengalahkan pasukan Laos 5-0 pada aksi kedua Kumpulan B yang bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Malaysia berjaya meraih mata pertama menerusi pemain naturalisasi, Sergio Aguero sebelum pemain sayap, Faisal Halim berjaya memberi dua mata buat Malaysia pada separuh masa kedua.

Dalam pada itu, pemain gantian, Haqimi Azim Rosli turut sama menambah derita bagi kumpulan Laos apabila jaringannya membuahkan hasil, malah memberikan peluang yang cerah buat pasukan Malaysia pada minit ke-77.

Bukan itu sahaja, Malaysia yang telah mendahului dengan mata 4-0 sekali lagi menghentam pasukan Laos apabila Stuart Wilkin menyumbat gol kelima dari luar kotak penalti pada minit ke-87 sekaligus memberikan kemenangan buat pasukan Malaysia.

Difahamkan, pasukan Malaysia akan berdepan dengan dua Vietnam pada Selasa sebelum bertembung dengan pasukan Singapura dalam perlawanan terakhir pada 3 Januari.

Sementara itu, ucapan yang disampaikan oleh BVB menerusi Facebook itu telah mendapat reaksi positif daripada kalangan peminat skuad Harimau Malaya.

Sumber: Borussia Dortmund via Facebook

Farah Nabilah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.