Siakap Keli
Kredit: Chang Duong/Unsplash

“Pilih Sahabat Yang Betul,” Ini 7 Pesanan Istimewa Dr Fadzilah Kamsah Untuk Anda Yang Bawah 30 Tahun 

“Pilih Sahabat Yang Betul,” Ini 7 Pesanan Istimewa Dr Fadzilah Kamsah Untuk Anda Yang Bawah 30 Tahun 

Tahun 2022 akan melabuhkan tirai beberapa hari sahaja lagi dan umur juga akan meningkat. Mesti ada dalam kalangan kita telah merancang apa yang hendak dicapai pada tahun 2023. Apabila umur makin meningkat dan kita akan berfikir terlalu tua untuk berseronok.

Namun, terdapat banyak perkara yang sepatutnya kita lakukan sebelum usia mencapai 30 tahun dan akan lupa bahawa masa muda kita adalah sangat singkat.

Tetapi, apa yang penting adalah kita perlu fokus memperbaiki diri untuk terus melangkah jauh ke hadapan tanpa ragu-ragu dari tahun-tahun sebelumnya.

Pakar motivasi terkenal Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah telah berkongsi 7 pesanan kepada mereka yang berumur bawah 30 tahun menerusi hantaran beliau di Twitter.

Kredit: freepik.com

Pertama, Pemilihan sahabat adalah sangat penting kerana ia akan mendorong kita untuk membuat sesuatu perkara kearah kebaikan atau sebaliknya. Oleh disebabkan itu kita perlu berhati-hati ketika memilih sahabat kita dengan betul.

Kedua, bekerja keras dan bijak untuk menaikkan pendapatan diri sendiri dengan mencari pekerjaan yang mampu membantu dan memberi dorongan kepada kita untuk berjasa kepada kedua ibubapa, sebagai seorang anak kita mesti ingin memberikan yang terbaik kepada ibubapa kita dan mampu membalas jasa mereka kerana telah membesarkan kita dengan kerja keras dan penuh kasih sayang.

Kredit: himpunanceritalawak.com

Ketiga, luaskan pemandangan dengan mengembara dan belajar budaya serta bahasa orang lain kerana dengan pengetahuan yang luas ia akan mengubah pandangan anda 100 peratus dan mampu menjadikan anda seorang yang berdikari.

Keempat, pada zaman ini negara yang mengalami krisis ekonomi yang tidak menentu telah mengakibatkan ada yang daripada kita perlu melakukan 2 hingga 3 pekerjaan dalam satu hari. Justeru itu, anda memerlukan kerja sampingan untuk menampung keperluan harian anda.

Kredit: THE REMBRANDT

Seterusnya, lebihkan aktiviti diluar rumah seperti bersenam dan bersukan. Ia dapat mengurangkan penyakit kebimbangan dan membantu tubuh badan anda menjadi lebih cergas dan bersemangat sepanjang hari.

Keenam, perbetulkan bacaan dan hayati setiap makna dalam ayat yang di lafazkan terutama dalam solat kita kerana ia membantu kita untuk sentiasa khusyuk di dalam solat serta membantu perbaiki naluri di dalam diri.

Ketuju, sentiasa ingat bahawa Allah SWT akan sentiasa memerhatikan segala perbuatan kita di muka bumi ini dan jangan melakukan dosa dengan sengaja. Selain itu, Dr Fadzilah Kamsah berpesan agar sentiasa melakukan solat taubat pada setiap malam.

Ingat, Allah tidak akan menguji seseorang hambaNya di luar batasan kemampuannya. Semoga pesanan ini memberi manfaat kepada kita semua.

Sumber: Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah (Official) via Twitter

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.