Siakap Keli
Kredit: Airports Council International - North America

Amerika Syarikat Kuatkuasa Ujian Saringan COVID-19 Bagi Pengunjung Dari China

Amerika Syarikat merupakan antara negara yang akan mengenakan ujian pengesanan COVID-19 secara mandatori kepada pengunjung-pengunjung dari China, yang bakal membuka sempadannya minggu depan.

Selain Amerika Syarikat, langkah pencegahan lebih ketat juga bakal dilakukan di beberapa negara seperti Itali, Jepun, Malaysia, Taiwan dan India.

Ia susulan jangkaan peningkatan ketibaan pelancong dari China selepas kerajaan negara Tembok Besar itu membenarkan rakyatnya untuk bergerak dengan lebih bebas dan mudah bermula 8 Januari tahun depan.

Bagaimanapun, ia mencetuskan sedikit kebimbangan selepas negara tersebut turut mencatatkan peningkatan kes COVID-19 secara mendadak sejak kebelakangan ini.

Walau bagaimanapun, Beijing mengatakan bahwa undang-undang berkaitan Covid-19 sepatutnya diketengahkan melalui bukti-bukti saintifik dan mengkritik beberapa negara dan media yang bertindak ‘memperbesarkan’ situasi semasa COVID-19 di negara tersebut.

Walau bagaimanapun, ada juga negara yang tidak merancang untuk mengenakan ujian mandatori kepada pengunjung dari China seperti United Kingdom (UK).

Pada Isnin dan Selasa lalu, kerajaan China mengumumkan bahawa pihaknya akan melonggarkan prosedur untuk ke luar negara bagi penduduknya.

Menurut pihak berkuasa, penguatkuasaan kuarantin wajib bagi para pengunjung yang memasuki sempadan China akan ditamatkan dan permohonan pasport bagi rakyat China akan disambung semula bermula dari 8 Januari tahun depan.

Justeru, laman web yang berunsurkan pelancongan dilaporkan mula mendapat kunjungan dari para pengguna internet di China selepas pengumuman tersebut, dan beberapa negara mula untuk mengemas kini polisi mereka.

Dalam pada itu, kerajaan AS berkata bahawa bahawa para penumpang dari China, Hong Kong dan macau perlu memiliki keputusan negatif bagi ujian COVID-19, sebelum tiba ke negara tersebut bermula 5 Januari.

Tindakan ini adalah untuk mengawal dan memperlahankan kadar jangkitan virus tersebut di Amerika Syarikat.

Selain itu, menurut kenyataan yang dikeluaran oleh Jabatan Kesihatan AS, para penumpang kapal terbang perlu engambil ujian COVID-19 tidak kurang dari dua hari sebelum berlepas.

Pihak tersebit menambah, bagi sesiapa yang didapati positif lebih dari sepuluh hari sebelum penerbangan tidak perlu mengemukan keputusan negatif tetapi, mereka perlu mengemukakan dokumentasi yang menyatakan individu terbabit sudah bebas dari dijangkiti COVID-19.

Bukan itu sahaja, langkah berjaga-jaga ini digunapakai bagi individu yang menggunakan perkhidmatan penerbangan sambungan dari China ke negara tertentu, dan mejadikan AS sebagai tempat transit.

BACA: Selepas Sekatan Dilonggarkan, Malaysia Antara ‘Top 10’ Negara Dicari Warga China Untuk Bercuti

Sumber: BBC

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma