Peguam Dedah Isteri Boleh Dapatkan Perintah Mahkamah Halang Suami Ganggu & Cederakan Dirinya
Dalam sebuah perkahwinan suami isteri perlu menyayangi satu sama lain. Seorang lelaki yang bergelar suami dan ketua keluarga perlu bertanggungjawab menjaga dan melindungi isteri dan anak-anaknya.
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seorang isteri dibunuh oleh suami sendiri atas alasan isteri beliau memfailkan perceraian keatasnya. Padahal sepatutnya sebagai ketua keluarga beliau perlu melindungi isteri dan layan isteri dengan baik bukan suami bunuh isteri.
Ramai isteri-isteri di luar sana yang diperlakukan dengan tidak berperikemanusian oleh suami mereka takut untuk memfailkan penceraian kerana takut suami akan menganggu mereka, diugut atau memalukan mereka, anak-anak dan keluarga.
Walaubagaimanapun, ada juga isteri yang berani memfailkan kes cerai kepada suami berasa takut dan bimbang jika diganggu atau diserang oleh suami.
Sebenarnya, ramai isteri-isteri tidak mengetahui bahawa mereka boleh mendapatkan Perintah Injuksi di Mahkamah Tinggi Syariah selepas memfailkan penceraian di mahkamah. Apa itu Perintah Injunksi?
Jom ikuti perkongsian yang dikongsi tentang perkara ini oleh seorang Peguam Syarie Nuraffiqa Razak di platform facebook beliau yang menjelaskan tentang Perintah Injuksi yang boleh difailkan oleh seorang isteri di mahkamah.
Isteri boleh dapatkan Perintah Untuk Halang Suami Ganggu dan Cederakan Isteri.
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seorang isteri dibunuh oleh suaminya sendiri atas alasan isteri tu failkan perceraian. Tak dapat kita bayangkan macam mana tergamaknya si suami tu sanggup bertindak gila sampai macam tu sekali.
Padahal sepatutnya suami sebagai ketua keluarga yang kena protect isteri, layan isteri dengan baik bukan suami bunuh isteri. Alasan bunuh sebab isteri failkan perceraian. Secara logik, mana ada isteri yang suka-suka nak susah susah turun naik mahkamah failkan perceraian tapi kalau isteri tu failkan perceraian mesti ada sebab atau masalah yang mungkin isteri tu dah tak boleh pikul lagi.
Ramai isteri-isteri kat luar sana masih takut failkan perceraian walaupun telah diperlakukan dengan tidak berperikemanusiaan oleh suami. Takut sebab nanti bila failkan perceraian, suami kacau ganggu, ugut atau malukan isteri, anak-anak dan family.
Ada juga isteri yang kuat, dah berani failkan perceraian tapi pada masa yang sama masih rasa insecure, takut, bimbang kalau-kalau suami datang serang, kacau dekat rumah, ganggu tempat kerja dan tempat awam.
Sebenarnya ramai yang tak tahu, isteri yang failkan perceraian boleh dapatkan Perintah Injunksi di Mahkamah Tinggi Syariah. Apa itu Perintah Injunksi?
Perintah Injunksi ini ialah perintah untuk menghalang seseorang daripada melakukan sesuatu perbuatan yang boleh membawa kecederaan atau kerosakan kepada orang lain (Injunksi prohibitori) atau menyuruh seseorang melakukan perbuatan tersebut bagi mengelakkan berlakunya kerosakan yang lebih serius kepada orang lain (Injunksi mandatori).
Peruntukan mengenai Injunksi ini diperuntukkan dalam seksyen 200 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeru. Contohnya, bila isteri failkan kes cerai fasakh boleh pada masa yang sama failkan Permohonan Injunksi untuk dapat Perintah Injunksi bagi menghalang suami daripada mengganggu, mendekati, mencederakan isteri dan membenarkan isteri untuk tinggal berasingan daripada suami.
Ini adalah salah satu perintah yang sangat diperlukan oleh isteri untuk memastikan keselamatan isteri itu terjamin ketika mereka failkan perceraian. Senang jika isteri dapat Perintah Injunksi ni, risiko kecederaan dan gangguan daripada pihak suami dapat dikurangkan dan isteri boleh rasa lebih selamat.
Suami pula, akan lebih berhati-hati dan ikut perintah tersebut sebab jika suami tu ingkar atau melanggar perintah itu, maka suami itu nanti boleh dikenakan hukuman sebagai suatu penghinaan Mahkamah.
Jadi, nampak tak betapa pentingnya untuk semua wanita perlu tahu tentang hak-hak mereka di Mahkamah Syariah.
Sebab ilmu itu lah senjata kita nanti bila terjadi perkara yang tidak diingini. Betul tak?
Oleh itu, semua wanita perlu tahu tentang hak-hak mereka di Mahkamah Syariah dan semoga ilmu yang dikongsi dapat memberi manfaat kepada wanita di luar sana sebab ilmu itu adalah senjata untuk kita apabila terjadi perkara yang tidak diingini berlaku.
Sumber: Nuraffiqa Razak via Facebook