Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kaya Mendadak ‘Kerana’ Covid, Harta Billionaire-bilionaire Ini Merosot Selepas Pandemik Mula Reda

Syed Faisal Sayed Muhammad
Kredit, AFP, Zoom, Coupag, USA Today, Yahoo

Kekayaan mendadak bilionair ini merosot selepas pandemik mula reda

Tiga tahun lepas, tiada siapa pun yang menjangkakan bahawa Covid-19 bakal melanda dunia dan memberi impak yang sangat besar kepada manusia. Wabak ini telah mengubah cara hidup manusia dari serba serbi segi, termasuklah cara manusia bekerja, berhibur dan juga belajar.

Penutupan sempadan negara di seluruh dunia telah memberi pukulan hebat kepada ekonomi dunia. Ada syarikat yang tidak mampu untuk bertahan dan pada akhirnya terpaksa gulung tikar.

Mereka yang terlibat dalam bidang pelancongan antara yang menerima kesan teruk sewaktu sekatan dan penutupan sempadan sesebuah negara sewaktu penyebaran wabak Covid-19 tersebut.

Walau bagaimanapun, masih terdapat syarikat global yang secara tiba-tiba ‘mendapat’ kesan positif apabila Covid-19 muncul. Bahkan kekayaan pemilik atau pengasas syarikat-syarikat ini meningkat secara mendadak dan berjaya bergelar billionaire dalam tempoh tersebut.

Bagaimanapun, dengan pandemik semakin reda dan sektor ekonomi kembali dibuka, maka aktiviti manusia secara umumnya kembali kepada normal. Begitu juga dengan billionaire-billionaire ini, mereka juga terpaksa menerima hakikat bahawa kekayaan yang dinikmati dalam tempoh yang singkat itu bakal menemui penghujungnya.

Malah, ada dalam kalangan mereka, terpaksa menelan pahit bahawa kekayaan yang dimiliki merosot secara mendadak.

Stephane Bancel pengasas Moderna Inc.

Nilai bersih kekayaan Stephane Bancel, 50, yang merupakan pengasas syarikat bagi vaksin Moderna Inc. meningkat kepada USD 15 bilioN (RM 66 bilion) selepas saham firmanya melonjak hampir 2,400% dalam tempoh pandemik tersebut.

Dia yang juga merupakan saintis di makmal Cambridge, Massauchusetts sewaktu Covid-19 mula melanda seluruh dunia menjadi bilionair pada awal 2020 selepas vaksid ciptaannya mRNA dikesan mampu melawan penyebaran virus tersebut.

Saham syarikat itu berada pada paras tertinggi sepanjang masa dalam tempoh pandemik. Namun kemudian, semuanya berubah selepas varian terbaru Omicron mula merebak di seluruh dunia. Vaksin Moderna yang dikeluarkan oleh firmanya didakwa mempunyai keupayaan yang kurang dalam mengekang varian terbaru tersebut.

Keraguan tentang inokulasi berterusan di kalangan orang ramai dan permintaan vaksin syarikat itu semakin berkurang lalu menyukarkan penjualan stok dan sekaligus menghentikan perkembangan kekayaannya.

Eric Yuang pengasas kepada Zoom Video Communications Inc.

Kekayaan Eric Yuan pengasas kepada Zoom Video Communications Inc. dilapor mencecah sehingga USD 29 bilion (RM 127 bilion) ketika pandemik. Syarikat itu telah menyediakan perkhidmatan platform persidangan video atas talian didunia yang popular di seluruh dunia.

Zoom, sebuah perisian persidangan video menjadi keperluan yang sangat kritikal semasa Covid. Ini selepas dunia ketika itu beralih kepada Zoom untuk semua komunikasi, terutamanya untuk urusan rasmi seperti perjumpaan perniagaan dan sebagainya. Ketika itulah, kekayaan Yuan melonjak tinggi.

Kini dengan pembukaan semula ekonomi dan persaingan semakin sengit, momentum syarikat itu telah terhenti dan Zoom juga mengurangkan sasaran jualannya. Yuan telah mendermakan kira-kira satu pertiga pegangan Zoomnya tahun lalu dan meraih sebanyak RM 11 bilion daripada hasil jualan saham sejak awal 2020.

Forrest Li, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sea Ltd.

Li merupakan orang terkaya di Singapura pada tahun lalu. Kekayaannya meningkat kepada hampir USD 22 bilion (RM96 bilion) apabila pengguna yang terperangkap di rumah beralih kepada aktiviti membeli-belah dan menghabiskan masa dengan permainan atas talian.

Saham Sea Ltd., syarikat pembangun platform atas talian untuk permainan, hiburan dan komunikasi mudah alih, melonjak 2,300% dari tahun 2017 hingga 2021 dengan harapan ia akan mengembangkan penawarannya melangkaui kawasan asalnya.

Berita berkenaan penyokong terbesarnya, Tencent Holdings Ltd. yang menjual sebahagian daripada kepentingannya dalam syarikat itu telah mengejutkan pelabur. Keadaan diburukan dengan keputusan kerajaan India secara tiba-tiba mengharamkan permainan mudah alih paling popular syarikat tersebut.

Kini, selepas pengguna semakin kurang berbelanja secara atas talian, keuntungan syarikat itu juga semakin merosot dan terpaksa mengambil langkah-langkah penjimatan.

Ernie Garcia pengasas bersama Carvana

Ernie Garcia pengasas bersama kepada Carvana ,sebuah platform e-dagang untuk kereta terpakai antara syarikat yang menerima kesan positif dalam tempoh pandemik. Pertaruhan besar pada strategi pertumbuhan semua kos telah menyebabkan saham mereka melonjak sebanyak 25 kali ganda sebelum kejatuhan sentimen pengguna berlaku.

Terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh syarikat ini, antaranya ialah masalah dengan kelebihan kenderaan, ribut salji dan tenaga kerja yang jatuh sakit. Kini saham-saham mula dijual bagi mendapatkan semula keuntungan seperti yang diraih sewaktu pandemik.

Garcia yang memiliki kira-kira 30% saham Carvana mempunyai nilai kekayaan USD 22 bilion (RM 96 bilion) pada satu ketika. Namun kekayaannya kini hanya tinggal satu perempat daripada nilai tersebut.

Sumber: Bloomberg