Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jakel Terbakar: Bomba Laung Azan Ketika Padam Api, Tanda Ikhtiar Selepas 8 Jam Keadaan Tak Terkawal

Nurhanis
bomba laung azan padam api jakel
Gambar: BERNAMA via Awani

Kira-kira empat atau lima anggota bomba melaungkan azan sebagai tanda ikhtiar untuk memadam api di Wisma Jakel Shah Alam, susulan kebakaran masih belum dapat dikawal selepas lapan jam bertungkus-lumus, lapor Awani.

Perkara tersebut telah dikongsi di Facebook oleh Pasukan Bomba Sukarela Gombak yang mengatakan pihaknya mengalami kesulitan semasa melakukan pemadaman kebakaran di gedung itu.

“Dah hampir lapan jam kami di Jakel Shah Alam, kebakaran masih belum dapat dikawal sepenuhnya dan pihak bomba masih bertungkus-lumus memadamkan kebakaran.

“Sudah empat atau lima orang anggota kami melaungkan azan, faktor angin kuat ditambah pula dalam kedai ini penuh barangan tekstil menyebabkan kerja-kerja pemadaman agak sukar dan memakan masa,” ujarnya memetik Awani.

Dalam pada itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pada permulaan anggotanya melakukan kerja pemadaman di bangunan lima tingkat wisma itu pada jam kira-kira 7 pagi.

“Pemadaman mula dijalankan pada jam 7.12 pagi melibatkan ruangan beli-belah di wisma tersebut.

“Api yang marak kemudiannya merebak ke bahagian bangunan bersebelahan melibatkan tempat penyimpanan atau stor barangan jualan yang meliputi kain, baju dan bahan untuk menjahit termasuk permaidani dan pakaian untuk majlis perkahwinan,” ujarnya pada Ahad.

Sementara itu, keadaan ruangan yang dipenuhi dengan barangan juga menyebabkan pihak bomba mengalami kesukaran dan ia merupakan antara cabaran yang dihadapi mereka semalam.

“Anggota menghadapi kesukaran untuk memasuki dalam bangunan yang padat dengan barangan.

“Kami kemudiannya terpaksa menggunakan jentera Aerial Ladder Platform (ALP), pemadaman dilakukan dari bahagian luar bangunan,” katanya.

Katanya, kebakaran di bangunan tersebut dapat dikawal sepenuhnya selepas lapan jam kemudian.

“Usaha pemadaman terus dijalankan dan api kemudian berjaya dipadam sepenuhnya kira-kira jam 5.12 petang,” katanya.

Semalam, media melaporkan gedung jualan pakaian Jakel cawangan Shah Alam musnah 80 peratus dalam kebakaran di Seksyen 7 sekitar 7 pagi.

Sumber: Awani