‘Anjali’ Kuch Kuch Hota Hai Bertunang Dengan Teman Lelaki Asal Amerika
Sana Saeed atau lebih dikenali sebagai Anjali menerusi filem Kuch Kuch Hota Hai (1998) dilaporkan selamat bertunang dengan teman lelakinya, Csaba Wagner, yang berasal dari Los Angeles, Amerika Syarikat.
Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon berkenaan menerusi satu video yang dimuat naik di akaun Instagramnya, Ahad lepas.
Menerusi video tersebut, pasangan tersebut dilihat memakai pakaian dengan warna sedondon berwarna hitam dan Csaba sedang melutut di hadapan Sana. Pelakon wanita itu pula kelihatan sangat terkejut ketika dirinya dilamar.
Selain itu, video tersebut turut memperlihatkan Sana sedang menunjukkan cincin pertunangannya serta beberapa foto milik pasangan tersebut.
Sejurus selepas berkongsi hantaran tersebut, rakan-rakannya, khususnya dari industri seni telah membanjiri ruangan komen.
Sana Saeed dan Csaba Wagner diketahui telah menjalinkan hubungan untuk sekian lama. Pada hari lahir teman lelakinya, Sana telah berkongsi sebuah foto swafoto bersama Csaba disertai sebuah kapsyen yang bertulis “Selamat Hari Lahir kepada Lelaki Terbaik dalam Dunia Saya. Saya Cintakaaaan Awak Sangat-Sangat.”

Terdahulu, Sana Saeed telah melakukan debut sebagai pelakon kanak-kanak bersama Shah Rukh Khan (SRK), Kajol dan Rani Mukerji menerusi Kuch Kuch Hota Hai pada 1998.
Dalam filem tersebut, beliau telah memegang watak sebagai anak SRK, Anjali. Selain itu, Saeed juga turut berlakon dalam beberapa filem lain seperti Badal (2000) dan Har Dil Jo Pyaar Karega (2000).
Pada 2012, Sana telah memulakan karier lakonannya sebagai pelakon dewasa dalam filem Student Of The Year (2012), yang menampilkan pelakon seperti Varun Dhawan, Alia Bhatt dan Sidharth Malhotra.
BACA: Babak Cameo Paling ‘Legend’, Kuch Kuch Hota Hai Tambat Hati Penonton Sehingga Kini
Sumber: NDTV