Siakap Keli
pemegang visa umrah bawa pulang air zamzam

Hanya Pemegang Visa Umrah & Haji Sahaja Dibenar Bawa Pulang Air Zamzam – Arab Saudi

Hanya Pemegang Visa Umrah & Haji Sahaja Dibenar Bawa Pulang Air Zamzam – Arab Saudi

Hanya individu memiliki visa umrah atau haji sahaja yang dibenarkan untuk membawa keluar air Zamzam dalam botol dari Tanah Suci, lapor Haramain Sharifain

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Presiden Eksekutif Hal Ehwal Haji dan Umrah Arab Saudi, Essam F.Nour di Lapangan Terbang Jeddah baru-baru ini.

Pekeliling dalaman juga telah diedarkan kepada pihak berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah dan syarikat penerbangan yang menyatakan mengenai arahan baharu mengenai pengendalian air Zamzam berkenaan.

Kredit: Haramain Sharifain

“Golongan tersebut dibenarkan untuk membawa satu botol air Zamzam bersama mereka dalam penerbangan yang berlepas.

“Dengan syarat botol adalah salah satu botol biasa (lima liter) yang ditetapkan untuk pengangkutan udara, yang dihasilkan daripada projek air Zamzam Raja Abdullah bin Abdulaziz,” kata pekeliling itu.

Kredit: Haramain Sharifain

Jemaah wanita tidak lagi wajib bawa mahram

Pada Ogos tahun lepas, Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr. Tawfiq Al-Rabiah mengumumkan bahawa mahram iaitu saudara kandung tidak lagi diwajibkan untuk menemani mana-mana jemaah wanita yang ingin menunaikan haji atau umrah di Tanah Suci.

Dalam sidang media yang diadakan di Kedutaan Arab Saudi, pihaknya menyatakan bahawa perkara itu sekaligus akan menamatkan kontroversi yang berlarutan membabitkan mahram diperlukan untuk melindungi jemaah wanita ataupun tidak.

Tambahan pula, kos pembesaran Masjidil Haram di Makkah melebihi RM250 bilion dan mencatatkan pembesaran yang paling besar yang pernah dilakukan untuk masjid tersebut.

Menurut Al-Rabiah tiada kuota atau siling untuk jumlah visa umrah yang dikeluarkan untuk umat Islam di seluruh dunia.

“Tidak kira dari mana orang Islam yang datang ke Arab Saudi dengan apa-apa jenis visa boleh menunaikan umrah,” katanya ketika itu.

Malah, Al-Rabiah menegaskan kesungguhan Arab Saudi untuk mengurangkan kos mengerjakan haji dan umrah.

Menteri itu juga melihat kepada usaha kerajaan baru-baru ini berhubung dengan pengenalan serta penggunaan teknologi moden dan digital iaitu perkhidmatan yang disediakan kepada jemaah yang ingin melawat dua masjid suci.

Sumber: Haramain Sharifain

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana