Siakap Keli
wanita tunai haji tanpa mahram
Gambar: WOW 360

Jemaah Wanita Kini Bebas Tunai Haji & Umrah Tanpa Mahram – Menteri Arab Saudi

Mana-mana jemaah wanita kini sudah boleh tunai haji atau umrah di Tanah Suci tanpa perlu ditemani mahram lagi seperti sebelum ini.

Cairo – Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr. Tawfiq Al-Rabiah mengumumkan bahawa mahram iaitu saudara kandung tidak lagi diwajibkan untuk menemani mana-mana jemaah wanita yang ingin menunaikan haji atau umrah di Tanah Suci.

Dalam sidang media yang diadakan di Kedutaan Arab Saudi, pihaknya menyatakan bahawa perkara itu sekaligus akan menamatkan kontroversi yang berlarutan membabitkan mahram diperlukan untuk melindungi jemaah wanita ataupun tidak.

Tambahan pula, kos pembesaran Masjidil Haram di Makkah melebihi RM250 bilion dan mencatatkan pembesaran yang paling besar yang pernah dilakukan untuk masjid tersebut.

Menurut Al-Rabiah tiada kuota atau siling untuk jumlah visa umrah yang dikeluarkan untuk umat Islam di seluruh dunia.

“Tidak kira dari mana orang Islam yang datang ke Arab Saudi dengan apa-apa jenis visa boleh menunaikan umrah,” katanya.

Malah, Al-Rabiah menegaskan kesungguhan Arab Saudi untuk mengurangkan kos mengerjakan haji dan umrah.

Menteri itu juga melihat kepada usaha kerajaan baru-baru ini berhubung dengan pengenalan serta penggunaan teknologi moden dan digital iaitu perkhidmatan yang disediakan kepada jemaah yang ingin melawat dua masjid suci.

“Ini termasuk penggunaan robot untuk menyediakan beberapa perkhidmatan kepada jemaah haji serta membangunkan ‘platform Nusk’ iaitu platform yang menyediakan banyak kemudahan kepada jemaah dan pengunjung Masjidil Haram.

“Permit umrah boleh ditempah dalam masa yang singkat melalui platform tersebut dan akhirnya visa boleh diperoleh dalam tempoh 24 jam,” katanya.

Sumber : Saudi Gazette

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Florence Nuar