Siakap Keli
Gambar via Google

Hanya Satu-satunya Prof Diraja, Kenali Ungku Aziz, Pencetus Revolusi Industri Haji Di Malaysia

Profesor Diraja Ungku Aziz, Tokoh Yang Merevolusikan Industri Haji Di Malaysia
Kita sering mendengar pelbagai jenis gelaran untuk para ahli akademik. Bermula dari Doktor, Profesor Madya, Profesor, Profesor Emeritus dan sebagainya.

Namun, tahukah anda mengenai salah satu gelaran tertinggi untuk ahli akademik, yang hanya pernah dipegang oleh seorang individu sahaja dalam sejarah?

Kalau anda nak tahu, gelaran tersebut adalah gelaran Profesor Diraja. Profesor diraja merupakan gelaran tertinggi yang dianugerahkan kepada seseorang profesor oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong.

Gelaran tertinggi dalam akademik ini diberikan kepada kepada ahli akademik yang memberikan sumbangan yang bernilai kepada masyarakat serta memberikan kemajuan kepada Malaysia.

Satu-satunya pemegang gelaran tersebut buat masa ini

Setakat hari ini, gelaran tertinggi ini hanya dipegang oleh seorang individu sahaja iaitu Profesor Diraja Yang Mulia Profesor Diraja Dr. Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid.

Beliau telah mendapat gelaran tersebut ketika berusia 42 tahun pada 17 Jun 1978. Gelaran Profesor Diraja diberikan kepada beliau yang merupakan seorang tokoh yang paling disegani, terutamanya dalam bidang pendidikan dan ekonomi di Malaysia.

Selain itu, Profesor Diraja Dr. Ungku Abdul Aziz merupakan Naib Canselor yang paling lama berkhidmat dengan Universiti Malaya iaitu, kira-kira dalam 20 tahun.

Pelbagai insiatif yang diperkenalkan oleh beliau seperti Taman Botani, Muzium Seni Asia, dan sebuah kedai buku koperasi sendiri bagi universiti tersebut, masih kekal sehingga ke hari ini.

Gambar hiasan | Kredit: Bernama

Cetus revolusi pengurusan haji di Malaysia

Salah satu sumbangan beliau yang paling memberi impak kepada dunia kewangan masyarakat Islam di Malaysia melalui Penubuhan Lembaga Urusan dan Tabung Haji.

Cadangan beliau yang dikemukan melalui kertas kerja pada 1959 telah diterima baik oleh kerajaan dan beroperasi sehingga ke hari ini.

Hasil buah fikiran Profesor Diraja Ungku Aziz ini telah membenarkan umat Islam di Malaysia untuk menyimpan wang bagi menunaikan haji dan membuat pelaburan yang selari dengan prinsip Islam.

Kini, institusi tersebut memiliki pengurusan haji jemaah Malaysia yang sangat sistematik  dan diiktiraf oleh dunia.

Gambar hiasan | Kredit: Bernama

Wajah terpahat pada setem khas Pos Malaysia sebagai satu peringatan

Untuk makluman. gambar Prof Diraja Ungku Aziz telah terpahat pada salah satu setem khas bagi mengenang sumbangan tokoh cendekiawan Malaysia ini bersama dua orang tokoh akademik iaitu, Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim dan Profesor Emeritus Tan Sri Mohd Rashdan Baba.

Menerusi laman sosial Pos Malaysia, pihaknya memaklumkan penjualan setem ini sebagai usaha menghargai sumbangan besar tiga tokoh intelektual tersebut di negara ini.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan setem edisi khas ini, setem tersebut boleh dibeli di laman sesawang  atau di semua pejabat pos utama dan pejabat pos cawangan di seluruh negara dengan harga RM61.10.

BACA: Prof Diraja Ungku Aziz Meninggal Dunia

Sumber: Pos Malaysia Berhad via Twitter

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma