Siakap Keli
jerung
Kredit: Daily Star

Lepaskan Kembali Ke Laut Selepas Terdampar Di Pantai, Lelaki Harap Jerung Kenang Budi

Seorang peluncur ‘berjiwa besar’ dikatakan telah membawa ‘pulang’ seekor jerung yang terdampar di pantai kembali ke laut dalam kejadian di Eastern View, Victoria di Australia.

Menurut laporan, Paul Myles, 55 tahun, dia menjumpai jerung tersebut dalam keadaan yang belum matang (masih kecil) serta berpotensi dalam keadaan bahaya di pantai berkenaan.

Ekoran itu, Paul cuba untuk menolak jerung tersebut kembali ke laut dengan menggunakan hujung papan peluncurnya.

Namun, apabila melihat tindakan itu tidak berhasil, Paul membuat keputusan untuk mengangkatnya sendiri dan masuk ke dalam air.

“Saya hanya fikir saya akan memberikannya peluang (untuk hidup) tetapi saya tidak pasti sama ada dia sakit atau apa,” kata Paul.

“Saya fikir saya akan melepaskannya ke dalam air yang sedikit jauh (dalam) untuk memastikan ia berenang jauh ke dalam laut, namun perkara tersebut bukanlah satu keputusan yang baik,” tambah Paul.

Sementara itu, Paul menyifatkan jerung tersebut mempunyai hidung yang mancung berwarna biru dan ia pasti Jerung Biru yang boleh hidup sehingga mencecah 20 tahun serta boleh mencapai panjang 10 kaki.

Dalam masa sama, Paul memaklumkan kepada Perbadanan Penyiaran Australia bahawa keputusan yang dibuatnya itu (menyelamatkan jerung terdampar) adalah betul.

jerung
Gamabr Hiasan | Kredit: Getty Images via Daily Star

Tambah Paul, dia tidak pernah melihat ikan tersebut dalam posisi yang dekat seperti itu.

Sebelum ini dia mendakwa pernah melihat jerung sekitar 20 tahun lalu namun ketika itu hanya dilihat dari jarak jauh sahaja.

Disebabkan terkenal dengan sifat menyerang, Paul mengharapkan jerung berkenaan yang diselamatkannya agar ‘mengenang budi’.

Menurut data Surf Life Saving New South Wales, jumlah jerung yang dikesan di luar pantai yang dilindungi oleh jaring ikan yu melonjak daripada enam (6) ekor pada 2017-2018 kepada 104 pada 2021-2022.

Dalam pada itu, insiden serangan terakhir jerung direkodkan di Australia adalah pada November 2021, apabila seorang mangsa berusia 57 tahun diseret ke bawah air oleh dua ekor jerung semasa berenang.

Sumber: Daily Star

 

Florence Nuar