Siakap Keli
Gambar: Thaiger

Ingatkan Dapat Ikan, Nelayan Terkejut Joran ‘Disambar’ Mayat Wanita

Ingatkan Dapat Ikan, Nelayan Terkejut Joran ‘Disambar’ Mayat Wanita

Seorang nelayan terkejut selepas ‘terpancing’ mayat seorang wanita berusia 21 tahun di sungai Nan di wilayah Phitsanulok di utara Thailand pada Selasa lepas, lapor Thaiger.

Pada jam 10.30 pagi waktu tempatan, polis dari Balai Polis Mueang Phitsanulok menerima laporan bahawa mayat seorang wanita ditemui oleh seorang nelayan di Jambatan Naresuan di atas Sungai Nan di hadapan Wat Ratchaburana.

Ekoran daripada itu, polis dan doktor dari Hospital Universiti Naresuan serta pasukan penyelamat bergegas ke tempat kejadian.

Memetik Thaiger, mangsa ditemui dalam keadaan terlentang di tebing sungai dengan memakai t-shirt hitam dan berseluar jeans serta mata kail yang tersangkut pada pakaian mangsa.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Mayat wanita berusia 21 tahun itu dikenal pasti sebagai Sunit, seorang mahasiswi tahun tiga dan identiti mangsa juga telah disahkan oleh saudara-mara.

Dalam pada itu, nelayan berusia 58 tahun yang dikenali sebagai Naret berkata bahawa dia menunggang motosikal dari rumahnya ke Jambatan Naresun untuk memancing.

Kemudian, dia melemparkan tali pancingnya ke tengah sungai Nan dan menyangkakan bahawa pancingannya itu sudah terkena.

Menurutnya, dia cuba untuk menarik jorannya dan terkejut apabila mata kailnya tersangkut pada seorang mayat manusia, sebelum menarik mayat tersebut ke tebing sungai dan menghubungi polis.

Salah seorang rakan mangsa berkata bahawa dia dan beberapa orang rakannya pergi minum di sebuah bar di pusat bandar Phitsanulok dan kemudian pulang ke tempat penginapan mereka dengan menaiki sebuah trak pikap.

Mangsa kemudian meminta pemandu untuk berhenti dan mahu keluar dari kereta kerana teman lelakinya akan menjemputnya dari jambatan, lapor rakannya kepada polis.

Difahamkan mangsa telah melompat dari jambatan dan sempat berkata selamat tinggal kepada rakan-rakannya, mereka juga cuba untuk turun ke sungai tetapi gagal menjumpai mangsa, lapor Thaiger.

Sementara itu, doktor dari Hospital Buddha Chinnarat mengatakan bahawa mangsa sedang menerima rawatan untuk kemurungan dan menganggap kematiannya sebagai bunuh diri.

Keluarga mangsa tidak mengesyaki sebarang perkara mencurigakan mengenai kematian tersebut dan upacara pengebumian dilakukan selepas bedah siasat dijalankan.

Sumber: Thaiger

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.