Siakap Keli
Gambar: Google

Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Memiliki kenderaan seperti motosikal memerlukan seseorang itu membahagikan sedikit komitmen bulanan atau tahunan kepadanya. Antara komitmen yang dimaksudkan adalah bayaran ansuran sekiranya beli secara pinjaman, dan juga insurans motosikal yang wajib dibayar pada setiap tahun.

Bercakap mengenai insurans, tidak semua pemilik mengambil berat terhadap pakej-pakej yang ditawarkan oleh syarikat insurans. Ada yang jenis tak kisah, asalkan insurans motosikalnya masih aktif agar tidak disaman pihak berkuasa sekiranya ditahan. Pun begitu, sebagai owner perlulah ambil berat tentang beberapa perkara sekiranya hendak perbaharui insurans motosikal.

Kos rendah tapi nilai perlindungan tinggi

Bukan pada amaun yang perlu dibayar sahaja perlu ditik beratkan, nilai perlindungan juga perlu diteliti bagi mengetahui sebanyak mana kita dilindungi. Untuk nilai yang tinggi tapi harga mesra poket, Tune Protect melalui Bike Easy adalah jawapannya. Jika anda memilih untuk beli secara online, anda turut layak untuk mendapatkan diskaun sebanyak 10%.

Kos Tunda

Jangan tak tahu, bila motosikal anda tiba-tiba ‘breakdown’ tengah jalan, nak minta tunda, kena perah dompet pulak, jadi ada baiknya ambil insurans seperti Tune Protect Bike Easy yang ada sediakan perlindungan kos tunda kenderaan sehingga RM50.00.

Kos Perlindungan Liabiliti Pihak Ketiga

Jika sesuatu kemalangan disebabkan oleh anda sendiri sehingga sebabkan kerugian pihak ketiga, perlindungan kos liabiliti boleh menjadi penyelamat daripada anda keluarkan wang ringgit yang begitu banyak untuk ganti rugi. Disebabkan itu jugalah, Tune Protect Bike Easy menawarkan kos perlindungan liabiliti pihak ketiga untuk permudahkan urusan pelanggan.

Lindung Siapa?

Ini juga penting untuk dilihat sebelum memperbaharui insurans. Sebabnya bukan pemilik sahaja yang akan menunggang kenderaan tersebut, tapi ahli keluarga atau rakan-rakan juga turut menunggang. Jika jadi kemalangan bagi penunggang bukan pemilik, Tune Protect Bike Easy turut memberi perlindungan kepada semua penunggang.

Bayaran kos undang-undang RM2,000

Jika terjadinya kemalangan dan perlukan urusan undang-undang, kos yang diperlukan agak tinggi. Disebabkan itu, Bike Easy menawarkan bayaran kos undang-undang sehingga RM2,000 untuk bantu permudahkan pelanggan.

Tune Protect Tawar Bike Easy

BIKE EASY ini adalah produk terbaru yang dilancarkan oleh Tune Protect, sebuah syarikat insurans am yang dilesenkan dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Ia adalah pelan perlindungan motosikal komprehensif yang boleh dibeli secara online, siap dengan 10% diskaun yang ditawarkan. 

Apa yang menariknya, hanya 3 minit sahaja yang diperlukan untuk memperbaharui insurans motosikal anda guna BIKE EASY ni. Semuanya boleh dibuat di hujung jari. Memang serius berbaloi dan harganya juga mesra poket.

Sebab apa berbaloi? Ini kerana, perlindungan yang ditawarkan Bike Easy ini terpakai untuk semua penunggang. Ia juga turut menawarkan perlindungan komprehensif atau perlindungan untuk pihak ketiga (3rd party).  Pelan perlindungan yang ditawarkan Bike Easy ini juga melindungi kerosakan/kerugian kepada kenderaan anda akibat kecurian/kebakaran atau kemalangan jalan raya. Tak hanya itu, ia juga menawarkan perlindungan untuk kos liabiliti Pihak Ketiga akibat Kecederaan Kematian Kehilangan/kerosakan harta benda.

Sebenarnya terdapat banyak lagi perlindungan yang disediakan Tune Protect Bike Easy ni, antaranya ialah kemalangan diri dan liabiliti dari segi undang-undang terhadap pembonceng. Untuk liabiliti pembonceng ini, sangat sesuai diambil jika anda menunggang motosikal di Singapura.

Seterusnya, sekiranya sesuatu kawasan tersebut tiba-tiba terlibat dengan suasana mogok, rusuhan dan sebagainya, anda boleh sediakan payung sebelum hujan dengan melanggan perlindungan tambahan melalui Bike Easy Ini.

Disebabkan sekarang ni merupakan musim hujan dan musim banjir, banyak kejadian tak diingini seperti bencana alam terjadi tanpa sebarang amaran. Tapi jangan risau, dengan perlindungan tambahan bencana khas melalui Bike Easy ini, kuranglah sikit pening anda jika tiba-tiba diri diuji dengan bencana alam dan sebagainya.

Selain daripada itu, jika anda gemar untuk melancong ke Thailand, maka sangatlah tepat pilihan anda langgan Bike Easy ini. Ia kerana, Bike Easy ini turut menawarkan perlindungan tambahan ke negara Thailand. Bukan Thailand sahaja, wilayah Kalimantan Barat pun dia boleh cover. Lengkap kan? Memang berbaloi betul.

Bagus dan menyeluruh kan? Yang paling penting sekali, harga dia pun memang mesra poket. Jika ada yang nak tahu harga-harga perlindungan ditawarkan di atas, dapatkan sebut harga di laman sesawang Tune Protect. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Bike Easy ini, layari laman sesawang Tune Protect sekarang.

Aqmal Ezany

I write what is right