Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Konvoi BMW GS Owner Malaysia 'Serang' Langkawi, Eratkan Hubungan Komuniti

BMW GS
Kredit: Facebook Langkawi PORT - Dermaga Tanjung Lembung

Pulau Langkawi sememangnya menjadi antara destinasi pelancongan utama di Malaysia dengan keindahan alam semula jadi dan tarikan yang tersendiri.

Kini, Langkawi semakin popular sebagai destinasi pilihan bagi penganjuran pelbagai aktiviti seperti permotoran, kembara bermotor (ride) dan acara sukan lasak, sekali gus merancakkan sektor pelancongan tempatan.

LPSB sambut ketibaan Konvoi BMW GS Owner Malaysia di Langkawi

Kredit: Facebook Langkawi PORT - Dermaga Tanjung Lembung
Kredit: Facebook Langkawi PORT - Dermaga Tanjung Lembung

Baru-baru ini, Langkawi Port Sdn. Bhd. (LPSB) mengalu-alukan ketibaan konvoi BMW GS Owner Malaysia di Terminal Tanjung Lembung, Langkawi.

Program Konvoi Motosikal dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) BMW GS Owner Malaysia telah berlangsung di Langkawi pada 23 hingga 25 Oktober.

Program ini melibatkan penyertaan sehingga 350 peserta dengan 210 buah motosikal BMW GS yang datang dari Selangor dan negeri-negeri lain.

Ketibaan para peserta turut disambut oleh wakil LPBS bersama-sama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) sebagai tanda sokongan kepada pihak penganjur.

Program tersebut bertujuan untuk mengeratkan hubungan komuniti dalam kalangan penunggang motosikal serta mempromosikan Langkawi sebagai destinasi pelancongan pilihan.

Intipati
  • LPSB menyambut ketibaan konvoi BMW GS Owner Malaysia di Terminal Tanjung Lembung, Langkawi.
  • Program pada 23 hingga 25 Oktober melibatkan 350 peserta dan 210 motosikal BMW GS.
  • Acara itu bertujuan mengeratkan komuniti penunggang serta mempromosikan Langkawi sebagai destinasi pelancongan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan