Lelaki Dari Ghana Dilaporkan Sebagai Manusia Tertinggi Di Dunia
Seorang lelaki di Ghana yang berusia 29 tahun didakwa mungkin menjadi lelaki tertinggi di dunia selepas pemeriksaan kesihatan yang dilakukannya baru-baru ini mencatatkan ketinggian 9 kaki 6 inci (2.89cm).
Lelaki yang bernama Suleman Abdul Samed mengukur ketinggiannya di sebuah klinik desa. Namun ketinggian Suleman tidak dapat disahkan secara rasmi kerana klinik tersebut tidak mempunyai alat pengukur yang sesuai.
Menurut laporan BBC, Suleman didiagnos menghidap gigantisme beberapa tahun yang lalu dan dia diminta untuk menghadiri janji temu bulanan bagi merawat penyakit tersebut.

Sewaktu diminta untuk berdiri tegak sambil bersandar pada kayu pengukur, seorang jururawat yang terkejut memberitahunya “anda telah meningkat lebih tinggi daripada skala”.
Suleman yang lebih dikenali dengan nama panggilan Awuche yang bermaksud “mari pergi” dalam bahasa Hausa terpegun dengan apa yang dilihatnya.
Menurutnya, dia tidak terkejut apabila mendengar yang dia sudah menjadi lebih tinggi, memandangkan dia tidak pernah berhenti membesar sejak didiagnos dengan penyakit tersebut.

Namun keadaan itu telah menyebabkan kegusaran kepada jururawat yang tidak bersedia untuk merawat dalam keadaan sedemikian.
Jururawat bertugas terpaksa memanggil rakan sekerjanya bagi membantunya untuk mengukur ketinggian pemuda tersebut. Kemudian salah seorang daripada mereka mencadangkan agar mencari tiang lalu menggunakannya sebagai sambungan di atas kayu pengukur.

Sebagai rekod, pemegang bagi Guiness World Records bagi kategori lelaki paling tinggi di dunia yang masih hidup dimiliki oleh Sultan Kosen dari Turkiye dengan ketinggian 251 sentimeter.
Sumber: BBC