Siakap Keli
nas ahmad masalah jantung
Kredit: Twitter Ahmad Fedtri Yahya/FB Nas Ahmad

Nas Ahmad ‘Terjah’ Diuji Masalah Jantung, “Sabar, Sambut DugaanNya..”

Terkenal dengan segmen ‘Terjah!!’ di sebuah rancangan hiburan, bekas wartawan Nas Ahmad kini berdepan dengan ujian berat apabila disahkan menghidap masalah penyakit jantung.

Perkara tersebut dikongsi oleh pengacara terkenal tanah air, Ahmad Fedtri Yahya di laman Twitter miliknya pada Rabu.

Menerusi ciapan tersebut, Fedtri memaklumkan mengenai perkembangan terkini wartawan Terjah!! itu.

“Perkembangan terkini Nas Ahmad Terjah. Difahamkan, beliau diuji dengan masalah jantung,” kata ciapan tersebut.

Beliau turut mengepilkan sekeping gambar Nas Ahmad berpakaian pesakit hospital yang dilapikkan dengan jaket dan kopiah, memaparkan kuntuman senyumannya.

Kredit: Twitter Fedtri Yahya

Menjengah di laman Instagram Nas Ahmad, dalam gambar terbarunya dia berkongsi gambar kaki dan tongkatnya.

Diuji masalah jantung, peminat hulur doa buat Nas Ahmad

Kredit: Instagram

“Asalnya berdua, tiba-tiba…alamak bertiga!

“Sabar sambut dugaannya, usaha dan berdoa agar kembali berdua semula nanti…dengan izin-Nya,” memetik kapsyen gambar itu.

Sementara itu, di ruangan komentar rata-rata pengguna media sosial meninggalkan doa serta kata-kata semangat buatnya.

“Syafakallah, Abang @nasahmad.terjah moga segera sembuh seperti sediakala dan dipermudahkan laluan hidup dunia akhirat. Amin,” kata eve_vipbosses.

“Syafakallah abang. Semoga dipermudahkan urusan dan segera sembuh,” doa damianmikhailmusic kepadanya.

You can do it abang. Semoga cepat sihat. Amin,” tambah ayyeshaaicha.

Jasmin Hamid Dilapor Alami Serangan Jantung, Tekanan Darah & Jantung Agak Rendah

Kejadian selebriti terkena masalah jantung bukanlah kali pertama berlaku kerana sebelum ini, seorang lagi pelakon terkenal tanah air dilapor mengalami penyakit yang serupa.

Imbas kembali laporan terdahulu lapan bulan lalu, pelakon terkenal, Jasmin Hamid dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) selepas mengalami serangan jantung.

Perkara itu dimaklumkan oleh suaminya sendiri, Nazmir Abd Rahman menerusi perkongsian di Instagram @jasminhamidjh.

Menurutnya, tekanan darah dan degupan jantung Jasmin Hamid agak rendah dan doktor terpaksa memberikan bantuan ubat untuk mengepam darah ke jantung.

“Assalamualaikum semua, saya suami Jasmin nak beritahu keadaan terkini Jasmin.

“Sekarang beliau berada di dalam wad CCU, bukan ICU kerana serangan jantung semalam untuk pertama kali.

“Keluarga beliau ada sejarah penyakit jantung,” kata Nazmir menerusi perkongsian itu.

Sumber: Fedtri Yahya via Twitter

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.