Siakap Keli
kamsani ismail meninggal dunia
Gambar: FB Urutan Tradisional Teratak Amin

Pelakon Drama Nur, Kamsani Ismail Meninggal Dunia

Pelakon drama bersiri popular Nur, Kamsani Ismail dilaporkan telah meninggal dunia di usia 60 tahun pada pukul 11.39 malam semalam.

Berita sedih itu dikongsikan oleh anaknya Amin di Facebook Urutan Tradisional Teratak Amin, yang meminta orang ramai untuk mendoakan ayahnya.

“Asalamualaikum kepada yang mengenali ayahanda saya Kamsani Ismail, ayahanda telah kembali ke Rahmatullah pada 4 Januari 2023 hari Rabu.

“Minta semua sedekahkan al-Fatihah untuk arwah ayahanda saya. Ampunkan segala salah dan silap arwah,” memetik hantaran itu.

Semalam, Allahyarham dimasukkan ke hospital kerana mempunyai jangkitan kuman dalam paru-paru.

Menurutn Amin, keadaan ayahnya pada ketika itu sangat lemah kerana tidak makan dan minum.

Meninjau di laman Facebook Amin, sebelum ini dia memaklumkan mengenai kesihatan ayahnya yang merosot seperti mengalami deman lebih daripada dua minggu, tangan selalu kejang dan tidak larat berjalan selain berat badannya yang semakin susut.

Malah difahamkan, arwah ayahnya turut mengalami demam ‘0n-off’, tangan selalu kejang, kaki yang tidak larat untuk berjalan serta badan semakin susut sejak lebih dua minggu lalu.

Sebelum ini, antara pemergian insan terkenal yang cukup diingati ramai ialah selebriti terkenal tanah air, Allahyarhamah Adibah Noor pada Julai tahun lalu.

Imbas kembali laporan terdahulu, Adibah Noor meninggal dunia di Hospital Gleneagles pada kira-kira 7.45 malam akibat penyakit kanser ovari tahap empat.

Jenazah Allahyarhamah dimandi dan dikafan di Masjid Al-Ansar Taman Keramat kira-kira 9.30 pagi.

Suasana sedih dan pilu menyelubungi ketika jenazah Allahyarhamah tiba di tanah perkuburan, dengan rata-rata hadir sejak awal pagi bagi memberikan penghormatan terakhir.

Pengebumian Adibah berjalan lancar dengan dihadiri bapanya Mohd Omar Zainal Abidin, 87, dan ahli keluarga serta lebih 100 kenalan rapat dan rakan artis.

Antara selebriti yang hadir Datuk Afdlin Shauki, Datuk Hans Isaac, Datuk M. Nasir, Nikki Palikat, Remy Ishak, Linda Onn dan Ziana Zain.

BACA JUGA: Jenazah Adibah Noor Selamat Dikebumi

Sumber: Urutan Tradisional Teratak Amin via Facebook

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana