Siakap Keli
Kredit Astro Awani

Kanak-Kanak OKU Maut Dipukul, Mayat Disumbat Dalam Guni Sebelum Dibuang Ke Dalam Semak

Kanak-Kanak OKU Maut Dipukul, Mayat Disumbat Dalam Guni Sebelum Dibuang Ke Dalam Semak

Seorang kanak-kanak OKU dilaporkan maut akibat dipukul, dibunuh dan disumbat ke dalam guni sebelum dibuang ke dalam semak, lapor Astro Awani.

Tindakan kejam itu didakwa telah dilakukan oleh seorang lelaki terhadap anak teman wanitanya yang baru sahaja berusia enam tahun.

Susulan penahanan suspek, polis telah meminta suspek bawa ke lokasi mangsa dibuang sebelum menemui mayat mangsa di dalam guni di Kampung Keranji.

Menurut Ketua Polis Daerah Bau, DSP Poge Nyaon, suspek telah ditahan pada hari yang sama di sebuah premis menjual kereta di Jalan Laksamana Cheng Ho, Kuching bagi membantu siasatan berkenaan kehilangan mangsa tersebut.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Penahanan itu dibuat berikutan satu laporan polis telah dibuat oleh ibu mangsa pada 21 Disember lalu berkenaan kehilangan anaknya itu.

Selain itu, polis juga turut menerima laporan awal dari orang awam pada hari yang sama berkenaan dengan kejadian seorang wanita dan anak perempuannya yang enggan pulang kerana takut dipukul teman lelakinya.

Kata Poge lagi, berdasarkan soal siasat ke atas suspek, suspek telah mengakui memukul mangsa hingga akhirnya dia sudah tidak bernyawa. Mayat mangsa kemudiannya telah dibuang di kawasan semak di Kampung Keranji.

“Pada jam 6.45 petang (Rabu), suspek menunjukkan kepada polis tempat mayat kanak-kanak malang itu dibuang,” kata Poge.

Ibu mangsa yang berusia 34 tahun turut dibawa oleh polis ke lokasi penemuan mangsa bagi melakukan proses pengecaman. Ibu mangsa akhirnya mengesahkan bahawa penemuan itu adalah mangsa berdasarkan pakaian dan anak patung yang dipegang oleh mangsa.

Kata Poge, suspek telah dipercayai membunuh mangsa kira-kira lima hari sebelum laporan polis dibuat.

“Sehubungan itu, polis turut menahan ibu mangsa untuk membantu siasatan,” kata Poge lagi.

Mayat mangsa kemudiannya telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak bagi melakukan prosedur bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan sedang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Astro Awani

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.