Siakap Keli
No. 5 Vietnam Buat Hal Lagi
Gambar: Twitter

No. 5 Vietnam Buat Hal Lagi, Dilihat Terjah Kaki Pemain Indonesia Sebelum ‘Tiba-tiba’ Cedera

No. 5 Vietnam Buat Hal Lagi, Dilihat Terjah Kaki Pemain Indonesia Sebelum ‘Tiba-tiba’ Cedera

Perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF yang mempertemukan Indonesia dan Vietnam berlangsung petang tadi yang menyaksikan keputusan berkesudahan seri tanpa jaringan.

Dalam perlawanan yang penuh dengan aksi itu, Indonesia dilihat lebih dominan dan banyak menghadirkan ancaman berbahaya terhadap gawang Vietnam.

Selain aksi bola sepak pantas yang disajikan, perlawanan ini juga turut sarat dengan bentesan-bentesan keras yang datang daripada kedua-dua belah pihak.

Paling mencuri tumpuan, adalah aksi terjahan yang dilakukan oleh pemain bek Vietnam yang memakai jersi nombor lima, Doan Van Hau ke atas Dendy Sulistyawan.

Dalam situasi kelam-kabut ketika bola dimainkan ditepi garisan permainan, berlaku perebutan 50-50 antara kedua-dua pemain. Bagaimanapun, rakaman ulang tayang kamera menunjukkan Van Hau tiba lewat dalam perebutan tersebut dan melakukan terjahan ke atas lawannya.

@radiotelevisyenmalaysia

Situasi getir di antara Dendy Sulistyawan 🇮🇩 dan Doan Van Hau 🇻🇳! #AFFMitsubishiElectricCup2022 #SukanTerbaikDiRTM #RTMKlik #FootballTogether

♬ original sound – RTM Malaysia Official – RTM Malaysia Official

Keadaan tersebut hampir menimbulkan situasi tegang namunberjaya dikawal dengan baik oleh pengadil walaupun dikerumuni pemain Indonesia yang mahukannya mengambil tindakan. Van Hau dalam pada itu dilihat mengerang kesakitan dan terbaring atas padang.

Bagaimanapun, pengadil dilihat hanya memberikan amaran mulut dan tidak mengenakan sebarang tindakan yang lebih tegas seperti memberikan kad amaran.

Van Hau kemudiannya sekali lagi terlibat dalam insiden kekerasan pada minit-minit akhir perlawanan. Pemain itu didakwa menendang kaki Ricky Kambuaya di dalam kotak penalti ketika cuba mengeluarkan bola daripada kawasan bahaya. Namun insiden berkenaan mungkin tidak disedari oleh pengadil dan tiada sepakan penalti diberikan.

Terdahulu, Van Hau turut mencuri tumpuan para peminat bola sepak Malaysia selepas menyiku pemain negara ketika melayan kunjungan skuad kebangsaan di Vietnam dalam saingan peringkat kumpulan.

Dalam insiden tersebut. Van Hau turut terselamat dan tidak dikenakan sebarang tindakan oleh pengadil.

BACA: UMNO & BN Sabah Umum Tarik Balik Sokongan Terhadap Ketua Menteri, Hajiji Noor – Bung Mokhtar

Sumber: Tiktok

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.