Siakap Keli
Kredit: Instagram

Syamsul Yusof Kongsi Berita Gembira, Sah Bernikah Dengan Ira Kazar Di Thailand

Syamsul Yusof Sah Bernikah Dengan Ira Kazar Di Thailand

Pengarah filem terkemuka di Malaysia, Syamsul Yusof berkongsi berita gembira apabila memaklumkan bahawa dirinya sudah pun selamat menikahi pelakon, Ira Kazar di Thailand.

Berdasarkan kenyataannya dalam sebuah video yang dimuatnaik menerusi akaun Instagram rasminya, perkahwinan tersebut berwalikan ayah mentuanya, Kazar Saisi yang juga merupakan seorang pelakon terkenal tanah air.

”Ada sebab saya berkahwin disini, untuk memudahkan beberapa urusan dan ia sudah didaftarkan. Syukur, Alhamdulillah,” katanya.

Beliau turut berkesempatan untuk menjelaskan bahawa isteri pertamanya, Puteri Sarah masih menjadi isterinya yang sah.

Pada masa yang sama, Syamsul menjelaskan bahawa dirinya tidak pernah berniat untuk membelakangkan sesiapa dalam perkara ini, sebaliknya mengharapkan doa yang baik daripada ibu bapa dan keluarganya, dalam video yang berdurasi 4 minit.

“Saya harap keputusan yang saya buat ini diberkati serta dilindungi dari fitnah dan hasad. Apa yang penting, (perkahwinan) ini sah di sisi syarak,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Syamsul dan Puteri Sarah telah mengikat ikatan perkahwinan pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya iaitu, Syaikhul Islam (6) dan Sumayyah (4).

Sumber: Syamsul Yusof via Instagram

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma