Siakap Keli
Gambar: MEN Media via Metro UK

Bangunan Kediaman Runtuh Dirempuh Kereta BMW

Bangunan Kediaman Runtuh Dirempuh Kereta BMW

Sebuah bangunan kediaman dilapor runtuh selepas dilanggar oleh sebuah kenderaan di Greater Manchester pada Khamis lepas, lapor Metro UK.

Beberapa gambar yang tular di media sosial menunjukkan perabot dan batu bata bertimbun di atas kenderaan BMW Gran Coupé dengan lampu breknya yang masih bernyala.

Pasukan polis dan ambulans bergegas ke lokasi kejadian di Canterbury Street dan Cowhill Lane di Ashton-under-Lyne, berhampiran Oldham.

Polis Greater Manchester berkata bahawa sebuah kereta telah merempuh bangunan sehingga menyebabkan bangunan tersebut runtuh, lapor Metro UK.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Gambar: Metro UK

“Seorang wanita telah ditahan kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan dibawa ke balai polis untuk disoal siasat,” kata polis Greater Manchester.

Dalam pada itu, penghuni rumah tersebut, Alan Fish sempat melarikan diri di ruang yang sempit dari garajnya sebelum berlakunya perlanggaran itu.

“Saya berada di kedai hanya lima minit sebelum kejadian. Saya pulang ke rumah untuk ke garaj saya dan terus terdengar dentuman yang kuat ini,” kata Alan kepada Manchester Evening News.

Memetik Metro UK, anggota bomba telah dikerahkan untuk berkawal di lokasi kejadian bagi memastikan keselamatan di kawasan tersebut.

Gambar: Metro UK

Dalam satu kenyataan, Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Great Manchester (GMFRS) berkata pada kira-kira jam 6.45 petang, kru bomba telah menerima panggilan yang melaporkan terdapat kemalangan jalan raya di Canterbury Street, Ashton.

“Dua jentera bomba dari stesen Ashton dan Stalybridge, serta unit penyelamat teknikal dari Ashton diarahkan ke tempat kejadian,” kata GMFRS.

GMFRS memberitahu bahawa insiden tersebut membabitkan sebuah kereta BMW Gran Coupé merempuh sebuah rumah sehingga menyebabkan kerosakan struktur yang sangat ketara.

“Pemandu itu telah menyelamatkan dirinya sebelum ketibaan kru dan dirawat di lokasi kejadian oleh Perkhidmatan Ambulans Barat Laut (NWAS), tiada kemalangan jiwa lain dilaporkan,” katanya.

Susulan daripada itu, anggota bomba telah bekerjasama dengan perkhidmatan kecemasan dan Majlis Tameside untuk memastikan kawasan tersebut selamat.

Sumber: Metro UK

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.