Siakap Keli
Kredit: @wejustenjoy/tiktok

Isteri Bersolek Jadi Wanita Tua, Cipta Memori Untuk Chris Hemsworth Yang Disahkan Berisiko Kena Alzheimer

Dia Akan Ingat Di Masa Depan, Isteri Chris Hemsworth Buat Netizen Terharu

Tahun lepas, Chris Hemsworth mendedahkan bahawa dia mengambil keputusan untuk berehat daripada dunia lakonan selepas dia disahhkan berisiko tinggi untuk menghidap penyakit Alzheimer.

Pelakon berusia 39 tahun itu hanya mengetahui perkara tersebut selepas mengambil ujian semasa mengadakan penggambaran siri dokumentari Disney+ Limitless.

Terkenal menerusi watak Thor dalam MCU, Chris berisiko mendapat penyakit itu keran faktor genetik selepas dia memiliki dua salinan gen ApoE4 yang diwariksa daripada kedua-dua orang tuanya.

Limitless adalah sebuah dokumentari yang membawa penonton ke dalam perjalanan kehidupan peribadi Chris Hemsworth. Ia juga memberi pendedahan kepada penonton tentang tubuh seseorang manusia berkaitan penuaan.

Beliau mendedahkan lagi bahawa ujian yang diambil itu telah mengesahkan ketakutan terbesarnya dan kini akan menumpukan kepada usaha-usaha untuk meminimakan risiko tersebut.

Difahamkan, penyakit berkenaan boleh menyerangnya pada bila-bila masa.

Berbalik kepada dokumentari Limitless, terdapat satu adegan di dalam dokumentari tersebut yang sangat menyentuh hati netizen.

Dalam babak tersebut, Chris dilihat dalam perjalanan untuk bertemu dengan isterinya yang bersolek menjadi seorang wanita yang sudah berusia. Mereka kemudiannya dilihat saling berpelukkan sebelum meluangkan masa bersama.

Babak itu dirakam kerana mahu memberikan memori kepada Chris yang mungkin tidak ‘sempat’ untuk melalui hari-hari tua bersama isterinya sekiranya diserang alzheimer dalam masa terdekat.

Petikan video berkenaan yang dikongsi di Tiktok melalui akaun @wejustenjoy mendapat lebih 1 juta tontonan dan 249 ribu tanda suka setakat ini.

@wejustenjoy

After finding out Chris might have Alzheimer’s disease is just 😔 #chrishemsworth #limitless #limitlesswithchrishemsworth #thor #elsapataky #fypシ゚viral #blowthisup

♬ original sound – maria!

Rata-rata komen yang ditinggalkan oleh netizen mengakui mereka amat tersentuh lebih-lebih lagi apabila melihat cara Chris memandang wajah isterinya.

Kredit: @wejustenjoy/tiktok
Kredit: @wejustenjoy/tiktok

BACA: Sambut Anak Ke-60 Di Usia 52 Tahun, Lelaki Rancang ‘Tambah’ Isteri Keempat & Zuriat Lagi

Sumber: @wejustenjoy via tiktok, Yahoolife

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.