Siakap Keli
Kredit: Haqeeqat Jano/youtube

Sambut Anak Ke-60 Di Usia 52 Tahun, Lelaki Rancang ‘Tambah’ Isteri Keempat & Zuriat Lagi

Sambut Anak Ke-60 Di Usia 52 Tahun, Lelaki Rancang ‘Tambah’ Isteri Keempat & Zuriat Lagi

Seorang doktor dari Pakistan baru-baru ini mencuri tumpuan apabila dilapor menyambut kelahiran zuriatnya ke-60 dan mengimpikan anak yang ramai daripada tiga isterinya.

Sardar Jan Mohammad Khan Khilji, 52, yang menetap di Quetta, berkata anak lelaki baharunya itu dinamakan sebagai Khushal.

Namun apa yang mengejutkan, Sardar mendedahkan kini dia dalam perancangan untuk mencari isteri keempat dan bersedia untuk menambah cahaya mata menerusi perkahwinan tersebut.

“Saya telah meminta semua rakan untuk membantu mencari seorang gadis untuk saya peristerikan sebagai isteri keempat,” katanya kepada media.

Pada 2016, Sardar pernah menjadi tajuk utama berita antarabangsa selepas menyambut kelahiran anaknya yang ke-35. Ketika itu, dia mengumumkan rancangan untuk mempunyai sekurang-kurangnya 100 anak.

Sardar berkata, walaupun inflasi menjejaskan kewangannya, namun dia tetap komited untuk menambah ahli keluarga dan mencapai impiannya.

“Perniagaan semakin perlahan. Harga semua barangan asas termasuk tepung, minyak sapi dan gula meningkat tiga kali ganda dan selama tiga tahun kebelakangan ini, semua rakyat Pakistan termasuk saya sendiri menghadapi kesukaran untuk meneruskan kelangsungan hidup,” katanya lagi.

Untuk rekod, individu yang memiliki anak paling ramai setakat ini adalah petani berasal dari Ghana, Mzee Musa Hasahya yang mempunyai 102 anak. Selain itu, Maze Musa juga mempunyai seramai 568 orang cucu.

Sadar mempunyai peluang yang cerah untuk memotong rekod tersebut memandangkan usianya yang jauh lebih muda berbanding Mzee Musa ketika ini.

Sumber: ODDITYCENTRAL

Shafikah