Pelik Tapi Benar, Salji Meliputi Tabuk Jabal Al-Lawz Arab Saudi Kali Ke-3 Musim Ini
Sebuah gunung di Arab Saudi, Jabal Al-Lawz yang terletak di wilayah Tabuk telah diseliputi salji buat kali ketiga musim ini, lapor media tempatan, Saudi Gazette.
Salji difahamkan mula turun di kawasan berkenaan bermula sejak Disember tahun lepas dan turut dirasai penduduk di sekitar Tabuh bermula 27 Disember lalu.
Snow is falling today on Jabal al-Lawz in #Tabuk, #SaudiArabia and the people celebrate it in their own way. pic.twitter.com/3Kqm8U9Jp2
— Saudi Wire (@SaudiWire) January 9, 2023
Menurut Saudi Gazette lagi, kawasan pergunungan Jabal Al-Lawz Tabuk kini menjadi kawasan pelancong dan berjaya menarik perhatian pelancong-pelancong dari luar untuk datang ke situ. Foto-foto orang ramai berkongsi gambar dan video fenomena salji di Tabuk turut menjadi tular di media sosial.
Terdahulu, Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) dalam satu laporan berkata, penurunan suhu yang signifikan dijangkan akan dirasai di beberapa wilayah Arab Saudi, termasuk Tabuk bermula seawal minggu pertama Januari 2023.
Video | Snow has blanketed Jabal al-Lawz in #Tabuk, northwestern Of #SaudiArabia #EKHNews_EN pic.twitter.com/CY8KqB13XN
— AlEkhbariya News (@EKHNews_EN) January 9, 2023
Tambah laporan itu, kawasan-kawasan seperti Tabuk, Al-Jouf, Hail dan Sempadan Utara akan menyaksikan suhu diantara 5 hongga 0 darjah celciius.
Manakala suhu diantara sembilan hingga lima darjah celcium pula dijangka akan dicatatkan di wilyah-wilayah seperti Riyadh, Al-Qassim dan bahagian utara Wilayah Timur.

Difahamkan, fenomena salji turun di kawasan pergunungan negara yang terkenal dengan padang pasir itu bukanlah perkara yang baharu.
Untuk tahun-tahun sebelum ini juga, fenomena yang sama juga pernah dilaporkan berlaku.
BACA: Kuota Haji Untuk Jemaah Malaysia Tahun Ini 31,600 Orang – Dr. Na’im
Sumber: Saudi Gazette