Siakap Keli

“Ingatkan Rewind, Sekali Betul”, Viral Rakaman Kereta Kancil Bergerak Undur, Cetus Tanda Tanya Netizen

“Ingatkan Rewind, Sekali Betul”, Viral Rakaman Kereta Kancil Bergerak Undur, Cetus Tanda Tanya Netizen

Satu video yang menunjukkan sebuah kereta Perodua Kancil bergerak secara mengundur di persimpangan lampu isyarat menjadi tular di media sosial sejak semalam.

Dalam video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter, @AsyrafRosli_, Perodua Kancil berkenaan dirakam mengundur dari sebatang jalan sebelum berhenti di lorong bersebelahan berdekatan persimpangan lampu isyarat.

Kereta berkenaan kemudian dilihat bergerak sekali lagi secara mengundur dan memasuki kembali lorong asal. Kereta tersebut seterusnya memberikan lampu isyarat kecemasan sebelum berhenti di laluan kanan pada lorong tersebut.

Ketika itu, jalan berkenaan juga kelihatan agak sibuk dengan kenderaan yang sedang lalu lalang. Tidak diketahui apa puncanya kenderaan tersebut bergerak sedemikian.

Bagaimanapun, menjengah di ruangan komen, segelintir netizen berkata kereta berkenaan berkemungkinan mengalami masalah teknikal dan tidak boleh bergerak ke hadapan.

Menurut salah satu komen yang ditinggalkan, kereta tersebut mungkin mengalami masalah kerosakan pada kotak gearnya. Namun, ada yang membalas sekiranya kerosakan berpunca daripada kotak gear, kereta tersebut sepatutnya tidak dapat bergerak langsung.

Dalam satu lagi komen, netizen berkata ada kemungkinan juga gear kereta tersebut tersangkut pada kedudukan R dan tidak boleh dialihkan ke kedudukan yang lain.

Tidak dapat dipastikan bila rakaman tersebut diambil dan lokasi kejadian berlaku, namun berdasarkan komen, kejadian berkenaan didakwa berlaku di sebuah persimpangan lampu isyarat di Terengganu.

BACA: Hampir 90 Peratus Penghuni Bandar Ketiga Paling Padat China Kini Sudah Dijangkiti Covid-19

Sumber: Twitter

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.