Siakap Keli
Pulau Muncul Di Kepulauan Tanimbar Maluku
Kredit: CNN Indonesia | BERNAMA

Pulau ‘Misteri’ Muncul Lepas Gempa Bumi Kuat Pagi Tadi

Sebuah pulau muncul di permukaan air di Kabupaten Kepulauan Tanimbar, Maluku, Indonesia setelah gempa bumi berkekuatan magnitud 7.5 menggegarkan wilayah itu pagi tadi.

Menurut Ketua Kampung Teinaman daerah Tanimbar Utara, Bony Kelmaskossu, “Penemuan ini dilihat di Desa Teinaman Kecamatan Tanimbar Utara ekoran daripada gempa bumi dengan magnitud lebih 7 mengakibatkan ‘timbunan membentuk pulau’ muncul di perairan itu,”

Tambah Bony, fenomena tersebut telah menyebabkan penduduk Kampung Teinaman panik dan takut dan disebabkan itu, mereka diarahkan untuk berpindah sementara waktu.

Dalam masa yang sama, beliau berharap agar pihak kerajaan dan agensi yang berkaitan dapat membuat tindakan susulan mengenai fenomena yang berlaku di kampung itu.

Pulau Muncul Di Kepulauan Tanimbar Maluku
Kredit: CNN Indonesia

Sementara itu, Penyelaras Data dan Maklumat di Stesen Geofizik BMKG Kelas I, Ambon Luthfy Pary berkata, pihaknya belum dapat menjelaskan lebih lanjut megnenai fenomena pulau tersebut.

Tambah Luthfy, pihak BMKG akan mengkaji dengan lebih mendalam. Bagaimanapun, istilah yang serupa dengan fenomena itu dikenali sebagai ‘lumpur gunung berapi’.

“Kami belum memperoleh maklumat yang lengkap sama ada fenomena itu semata-mata berpunca daripada gempa bumi atau tidak, setakat ini kami masih belum dapat mengesahkannya,”maklumnya.

Sekitar 2:47 waktu tempatan, gempa bumi berukuran 7.5 magnitud telah mengegarkan wilayah Maluku pagi tadi.

Menurut CNN, BMKG merumuskan bahawa gempa bumi Maluku berlaku disebabkan oleh aktiviti pergerakan kerak di wilayah Laut Banda.

Berdasarkan hiposenter (titik pusat), gempa bumi itu diklasifikasikan dalam kategori sederhana dengan mekanisme gempa dalam bentuk pergerakan ke atas (thrust fault).

Difahamkan sebanyak 15 rumah penduduk di kawasan Kepulauan Tanumbar musnah akibat gegaran tersebut.

 

Sumber: CNN Indonesia

Florence Nuar