Indonesia, Malaysia bekerjasama eksploitasi telaga minyak di Pulau Jawa
JAKARTA, 11 Jan (Bernama) — Pengawal selia minyak dan gas huluan Indonesia SKK Migas pada Selasa mengumumkan bahawa Indonesia meluluskan rancangan pembangunan pertama untuk kawasan telaga minyak Hidayah di luar Pulau Jawa, yang akan dikendalikan oleh Petronas Carigali Malaysia.
Ketuanya Migas Dwi Soetjipto berkata Petronas menemui anggaran 88.55 juta rizab minyak dalam telaga penerokaan terbaharunya di Hidayah-1, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Kawasan telaga minyak Hidayah, iaitu sebahagian daripada blok Madura Utara II, dijangka beroperasi pada awal 2027 dengan pengeluaran awal dijangka sebanyak 8,973 tong minyak sehari (bpd) dan mencapai pengeluaran tertinggi iaitu 25,276 bpd pada 2033.
Menurut Dwi Soetjipto, telaga minyak itu memerlukan pelaburan sekitar US$926 juta dan hampir US$2 bilion bagi kos operasi.
Dwi Soetjipto berkata, pembangunan di kawasan telaga minyak Hidayah diharap dapat meningkatkan pengeluaran minyak dan menyumbang kepada pengurangan import minyak negara.
Sumber: BERNAMA